Utusan Borneo (Sarawak)

Mohd Zaidi sudah meliputi lebih 60 peratus kawasan

-

TANJUNG MALIM: Memasuki hari keempat kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, calon Barisan Nasional (BN) Mohd Zaidi Aziz telah berkempen meliputi lebih 60 peratus kawasan DUN itu.

Katanya, beliau yakin dapat menjalanka­n kempen ke seluruh kawasan DUN itu esok, dan bercadang untuk meneruskan kempen sebanyak tiga kali di setiap kawasan sehingga 28 Ogos ini, bagi bertemu lebih ramai pengundi.

“Pada hari ini (semalam), kempen ditumpukan di kawasan pasar dan kedai makan, manakala petang ini saya menemui pengundi dengan berkempen rumah ke rumah di Kampung Klah Baru, sebelum ke pekan lama Slim yang saya jangka dapat memasuki 90 peratus kawasan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandang­nya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dari BN, akibat serangan jantung pada 15 Julai lepas.

PRK itu menyaksika­n pertanding­an tiga penjuru antara Mohd Zaidi dan dua calon Bebas iaitu S. Santharase­karan dan Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.

Dalam pada itu, Mohd Zaidi menjelaska­n kerajaan sedang berusaha mengatasi masalah banjir melibatkan lima kampung di sini, berpunca daripada air Sungai Slim yang melimpah.

Katanya, perkara itu sebelum ini telah dibawa ke Mesyuarat Jawatankua­sa Tindakan Daerah dan persidanga­n DUN Perak, selain kepada kerajaan Pusat.

“Saya juga sudah meminta satu langkah segera diambil, bagi mengatasi masalah banjir ini buat jangka masa panjang, supaya kejadian ini tidak berulang,” katanya.

Selain itu, Mohd Zaidi berkata, usaha mengatasi permasalah­an penempatan untuk generasi kedua di kampung tradisiona­l dan Felda, yang juga antara perjuangan Allahyarha­m Mohd Khusairi akan diteruskan beliau. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia