Utusan Borneo (Sarawak)

Inter benam Donetsk 5-0, mara ke final Liga Europa

Hasil dari jaringan Danilo D’Ambrosio dan dua gol lagi masing-masing dijaringka­n Lautaro Martinez dan Romelu Lukaku

-

DUSSELDORF: Inter Milan ditakdirka­n untuk “era kegemilang­an” di bawah kendalian Antonio Conte, menurut Lautaro Martinez selepas beliau dan rakan penyerang, Romelu Lukaku masing-masing menjaringk­an dua gol ketika membelasah Shakhtar Donetsk 5-0 untuk melangkah ke final Liga Europa pada Isnin.

Danilo D’Ambrosio menjaringk­an satu lagi gol untuk Inter, yang akan bertemu Sevilla di final yang berlangsun­g di Cologne Jumaat ini.

Inter mengharung­i satu dekad hambar sejak memenangi Liga Juara-Juara pada 2010 tetapi merapatkan jurang dengan Juventus di singgahsan­a Serie A Itali dengan kurang satu mata pada musim pertama Conte sebagai jurulatih dan sekarang mereka hanya

Jangan tertipu dengan keputusan akhir. “Kami bermain dengan baik untuk tidak membenarka­n mereka bermain seperti yang mereka mahukan. Pemain saya bermain seperti bagaimana satu perlawanan di Eropah harus dimainkan. Antonio Conte Jurulatih Inter Milan

kurang satu kemenangan untuk menjulang trofi pertama sejak sembilan tahun. Martinez dan Lukaku membina gandingan berbisa yang menjadi sumber utama kejayaan Inter dan di antara mereka kini sudah menjaringk­an 54 gol pada musim ini.

“Ia adalah malam yang hebat, sesuatu yang kami impikan,” kata Martinez, yang dikaitkan dengan satu perpindaha­n ke Barcelona.

“Kami membuktika­n bahawa Inter sudah bersedia untuk era kegemilang­an, kami sudah bersedia untuk final.”

Selepas permulaan hambar, Martinez meletakkan Inter di hadapan apabila menyempurn­akan hantaran lintang Nicolo Barella pada minit ke-19.

Shakhtar adalah salah sebuah kelab bola sepak di Eropah yang masih bertahan ketika juara Liga Ukraine itu terus tidak dapat bermain perlawanan di tempat sendiri di Donetsk selama enam tahun kerana perang di timur Ukraine di antara tentera kerajaan dan pemisah yang disokong Rusia.

Skuad kendalian Luis Castro sudah menjaringk­an 14 gol dari lima perlawanan Liga Europa sejak tersingkir dari Liga Juara-Juara tetapi barisan jentera serangan berbakat mereka kelihatan gagal menembusi pertahanan kental Inter.

“Jangan tertipu dengan keputusan akhir,” kata Conte. “Kami bermain dengan baik untuk tidak membenarka­n mereka bermain seperti yang mereka mahukan. Pemain saya bermain seperti bagaimana satu perlawanan di Eropah harus dimainkan.”

Shakhtar mempunyai satu

peluang keemasan untuk mengikat kedudukan apabila hantaran Mykola Matviyenko sampai ke kaki Junior Moraes tetapi tandukan pemain antarabang­sa Ukraine kelahiran Brazil itu terlalu hampir dengan penjaga gol Inter, Samir Handanovic, yang mudah mengawal keadaan.

Dua minit kemudian, Inter memusnahka­n impian Shakhtar apabila D’Ambrosio menyempurn­akan hantaran Marcelo Brozovic untuk gol kedua.

“Apabila Inter menjaringk­an gol kedua, kami jelas hilang semangat,” kata Castro. “Selepas 0-2, kami melakukan begitu banyak kesilapan.”

Hanya ketangkasa­n penjaga gol Shakhtar, Andriy Pyatov menafikan Martinez gol kedua peribadi dalam separuh masa kedua tetapi

beliau kemudian gagal menghalang gol ke-21 Martinez selepas itu.

Lukaku mengekalka­n rekod cemerlang dengan menjaringk­an gol dalam 10 perlawanan Liga Europa berturut-turut apabila menjaringk­an gol ketika berbaki 12 minit permainan sebelum menjaringk­an gol kedua peribadi dan gol ke-33 beliau musim ini lima minit kemudian untuk melengkapk­an jaringan.

“Saya seorang penyerang dan saya bermain di sini untuk menjaringk­an gol,” kata Lukaku. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GOL KEMENANGAN: Danilo menjaringk­an gol pada perlawanan Liga Europa Inter Milan menentang Shakhtar Donetsk kelmarin di Duesseldor­f, barat Jerman.
— Gambar AFP GOL KEMENANGAN: Danilo menjaringk­an gol pada perlawanan Liga Europa Inter Milan menentang Shakhtar Donetsk kelmarin di Duesseldor­f, barat Jerman.
 ??  ?? MARTINEZ
MARTINEZ
 ??  ?? CONTE
CONTE
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia