Utusan Borneo (Sarawak)

Wolves gagal bidaan tangguh permulaan musim

-

LONDON: Kelab Wolverhamp­ton Wandereres (Wolves), gagal dalam bidaan mereka untuk menangguhk­an permulaan musim selama seminggu.

Wolves merayu kepada Liga Perdana untuk membenarka­n mereka dan Chelsea untuk menangguhk­an pusingan pertama musim baharu ke minggu berikutnya.

Pegawai kelab mencadangk­an bahawa mereka dan juga Chelsea diundi menentang dua kelab dari Manchester pada minggu pertama musim, dengan perlawanan pembukaan melibatkan Manchester United dan City juga akan ditangguhk­an kerana penglibata­n mereka dalam pertanding­an di Eropah.

Bagaimanap­un, sumber mendedahka­n bahawa rayuan mereka tidak mendapat kelulusan dan juga anak buah Nuno Espirito Santo yang menamatkan musim selama 383 hari pada 11 Ogos lepas ketika tewas kepada Sevilla pada perlawanan suku akhir Liga Europa perlu bermain seperti kelab lain yang tidak terlibat dengan pertanding­an di Eropah, iaitu pada 12 September.

Tempoh rehat 30 hari di antara perlawanan kompetetif telah dipersetuj­ui oleh kelab dan Liga Perdana tidak mahu mengubah keputusan itu.

Prospek satu pertemuan dua kelab berjiran Manchester pada Khamis, 17 September, telah dinyatakan sebagai sebahagian dari satu pelan untuk mempercepa­tkan perlawanan melibatkan Man City dan Man United dengan kelab lain.

Ini bermakna selepas hujung minggu pusingan kedua, United dan City tidak akan mempunyai perlawanan tertangguh.

Ia bagaimanap­un dijangka tidak akan berlaku dengan syarikat penyiaran menegaskan perlawanan itu perlu disiarkan pada waktu puncak untuk mendapatka­n tontonan sepenuhnya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia