Utusan Borneo (Sarawak)

Setien dipecat, Koeman calon utama untuk membimbing skuad Barcelona

-

MADRID: Barcelona telah memecat Quique Setien sebagai jurulatih, menurut pengesahan kelab pada Isnin, dengan Ronald Koeman menjadi calon utama untuk menggantik­an tempatnya.

“Jurulatih baharu akan diumumkan dalam beberapa hari sebagai sebahagian dari penstruktu­ran semula besarbesar­an skuad utama,” kata Barca menerusi akaun rasmi Twitter.

Setien hanya dilantik sebagai jurulatih pada bulan Januari tetapi menerima padah kerana Barca gagal mempertaha­nkan kejuaraan La Liga Sepanyol kepada musuh ketat, Real Madrid dan kemudian dimalukan oleh Bayern Munich dalam Liga Juara-Juara.

Pemecatan beliau disahkan semasa mesyuarat tergempar ahli lembaga pengarah di Camp Nou, yang berlarutan

selama hampir enam jam dan menyaksika­n Koeman menjadi calon pilihan untuk mengisi kekosongan itu.

Kelab juga mengumumka­n pilihan raya pemilihan presiden kelab tahun hadapan, dijadualka­n pada bulan Jun, akan diawalkan pada 15 Mac.

Penyokong kelab yang marah berharap pemilihan presiden akan diadakan secepat mungkin tetapi ia bagaimanap­un ditolak, bermakna presiden kelab ketika ini, Josep Maria Bartomeu akan terus menggalas tugas walaupun tidak popular di kalangan penyokong.

“Selepas menganalis­a semua pilihan, Lembaga Pengarah membuat pertimbang­an bahawa tarikh ini (15 Mac) adalah tarikh paling sesuai untuk mengadakan pilihan raya kelab,” menurut kenyataan kelab.

“Lembaga memahami desakan untuk pilihan raya segera tidak dapat dilakukan dengan menimbangk­an bahawa liga akan bermula pada hujung minggu 12 September dan juga kerana perubahan rangka kerja sosial dan ekonomi disebabkan krisis COVID-19.”

Pengganti Setien nanti pastinya berada dalam tekanan tinggi untuk memberikan keputusan segera dengan ahli lembaga pengurusan baharu kelab mungkin akan melantik jurulatih pilihan mereka sendiri, dengan bekas pemain Barca, Xavi Hernandez dikatakan mempunyai pertalian dengan seorang calon pemilihan presiden kelab, Victor Font.

Koeman membimbing skuad kebangsaan Belanda sejak 2018 dan dijangka membimbing pasukan di Euro yang tertangguh ke tahun hadapan dan juga Piala Dunia 2022.

Mauricio Pochettino juga difahamkan berada dalam pertimbang­an tetapi komen beliau sebelum ini yang mengkritik Barcelona kerana pertalian beliau dengan kelab Espanyol, mungkin tidak memihak kepadanya.

Koeman dan ejennya sedang berunding untuk kontrak dua tahun pada malam Isnin, menurut laporan media di Sepanyol, dengan tahun kedua bergantung kepada keputusan pilihan raya presiden kelab.

Beliau menikmati status wira di Barcelona selepas beraksi cemerlang sebagai pemain ketika di bawah kendalian Johan Cruyff dan menjaringk­an gol kemenangan di final Piala Eropah 1992.

Tetapi karier beliau sebagai jurulatih agak bercampur-campur dan beliau akan tiba di sebuah kelab dalam krisis, dengan salah satu tugas utama beliau ialah memujuk kapten pasukan, Lionel Messi untuk tidak meninggalk­an kelab.

Tidak lama sebelum mesyuarat tergempar ahli lembaga pengarah, sumber di Barcelona menegaskan kelab tidak mendengar sebarang berita tentang Messi mahu meninggalk­an kelab.

Tetapi pemain berusia 33 tahun itu semakin kecewa dalam beberapa bulan yang lalu dan satu laporan dari Esporte Interativo pada Ahad lalu mendakwa penyerang antarabang­sa Argentina itu sudah membuat keputusan untuk mencari kelab baharu pada musim panas ini.

Pemain pertahanan, Gerard Pique, berkata akan berpindah jika perlu dan ia masih tidak diketahui pemain mana yang akan dianggap lebihan di kelab.

Sebarang pemulihan kelab mungkin tertumpu kepada pemain muda seperti Ansu Fati, Riqui Puig dan Frenkie de Jong untuk membimbing generasi baharu.

Koeman akan mengetahui skala cabaran di Barcelona, di mana skuad berusianya tewas di bawah kendalian Setien, yang gagal meyakinkan pemain dengan corak permainann­ya.

Setien membimbing kelab dengan 16 kemenangan, empat seri dan lima kalah dari 25 perlawanan beliau di kelab.

Walaupun kerap menang dengan gol yang banyak dan beberapa aksi penguasaan bola menarik yang beliau mahukan, Barcelona kelihatan tidak teratur dan rapuh di benteng pertahanan.

Sebelum bola sepak terhenti selama tiga bulan kerana pandemik koronaviru­s (COVID-19), Barca tewas perlawanan ‘El Clasico’ menentang Real Madrid dan selepas itu seri dengan Sevilla, Celta Vigo dan Atletico Madrid.

Selepas tewas kepada Osasuna yang seperti menyerahka­n kejuaraan kepada Real Madrid, Messi meluahkan kemarahann­ya dengan berkata pasukan dalam masalah sejak bulan Januari, bermaksud sejak Setien dilantik.

Setien sementara itu mengakui beliau tidak pernah menguruska­n bilik persalinan seperti di Barca dan apa yang jelas, prestasi hambar kelab dipertangg­ungjawabka­n ke atasnya.

Bagaimanap­un kebanyakan kemarahan dilemparka­n ke arah Bartomeu dan lembaga pengarah, yang kelihatan mengasingk­an diri dari bilik persalinan dan melakukan banyak kesilapan dalam pasaran perpindaha­n pemain. — AFP

 ??  ?? QUIQUE SETIEN
QUIQUE SETIEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia