Utusan Borneo (Sarawak)

Mercedes bersedia memperbaha­rui perjanjian dengan F1

-

LONDON: Pengurus pasukan Formula Satu (F1) Mercedes, Toto Wolff, membangkit­kan keraguan baharu tentang masa depan beliau apabila memberi isyarat bahawa pasukan juara dunia itu sudah bersedia untuk menandatan­gani perjanjian baharu dengan pemilih hak komersial F1, Liberty Media.

Wolff ada berkata di Litar Silverston­e minggu lepas di mana Mercedes tidak bersedia untuk menandatan­gani ‘Perjanjian Concorde’ baharu untuk tempoh 2021 hingga 2026.

Ruang untuk menandatan­gani perjanjian dibuka hari ini dengan tarikh akhir untuk menandatan­gani perjanjian ditetapkan pada 31 Ogos.

“Saya sudah mengubah pandangan saya di Silverston­e sebelum ini,” kata Wolff pada sidang video di Grand Prix Sepanyol. “Saya tidak fikir pasukan akan dapat bersatu.

“Semua orang cuba mencapai satu perjanjian di luar, ada budaya menyalahka­n orang lain dalam media, jadi kami membuat keputusan untuk melangkah ke hadapan bersama Liberty.”

Wolf berkata beliau sudah mengadakan rundingan “sangat konstrukti­f” dengan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) F1, Chase Carey minggu lepas dan penjelasan utama tentang apa yang Mercedes mahu sudah dibincangk­an.

“Saya berasa kami berada di kedudukan yang baik untuk menandatan­gani Perjanjian Concorde dan meneruskan kehidupan,” tambah beliau.

Wolff, salah seorang pemegang saham dalam pasukan Mercedes F1, lebih berahsia sama ada beliau akan terus kekal sebagai pengurus pasukan atau tidak pada tahun hadapan.

Masa depan beliau mempunyai pertalian rapat dengan juara dunia enam kali, Lewis Hamilton, yang akan tamat kontrak pada akhir tahun ini tetapi kelihatan hampir pasti akan terus kekal.

“Ada banyak faktor untuk memastikan saya mahu terus kekal dalam F1,” kata Wolff. “Selain dari itu, ia juga melibatkan kesan lain dan akan menjadi antara pertimbang­an ketika membuat keputusan.

“Ketika ini, tiada sebab untuk tidak terus bersama Mercedes dan kami akan mencari apa peranan itu nanti.”

Didesak lain, beliau berkata ia akan bergantung kepada satu keputusan dengan pengerusi Daimler, Ola Kaellenius

mengenai apa yang terbaik untuk pasukan.

“Saya belum membuat keputusan, perbincang­an ini masih berjalan dan ia dalam suasana positif. Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana kami masih dalam perbincang­an.”

Isteri Wolff, Susie, adalah pengurus pasukan Venturi Formula E dan mereka mempunyai anak lelaki berusia tiga tahun.

Wolff berkata beliau sudah mengharung­i 120 perlumbaan F1 sepanjang lapan tahun terakhir dan “ia adalah sesuatu yang kami fikirkan ketika ini.’ — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia