Utusan Borneo (Sarawak)

PSG MARA KE FINAL LIGA JUARA-JUARA

-

LISBON, Portugal: Paris Saint Germain (PSG) melangkah ke final Liga JuaraJuara buat kali pertama dalam sejarah kelab selepas gol dari Marquinhos, Angel Di Maria dan Juan Bernat membolehka­n mereka menewaskan RB Leipzig 3-0 pada perlawanan separuh akhir pada Selasa.

Ia adalah 2-0 pada masa rehat, dengan dua gol pertama hasil umpanan Neymar dengan pemain termahal dunia itu sekali lagi beraksi cemerlang di Estadio da Luz, sama seperti ketika menewaskan Atalanta di peringkat suku akhir minggu lepas.

Gol Bernat hadir pada minit ke-55 dan memusnahka­n sebarang harapan kebangkita­n Leipzig. Mereka gagal menangani Neymar atau ramai lagi pemain yang beraksi cemerlang dalam PSG pada perlawanan kalah singkir berbanding format timbal balik sebelum ini ekoran pandemik COVID-19.

Selepas kecundang beberapa kali di Eropah dalam beberapa tahun terakhir – terutama sekali tewas 16 kepada Barcelona pada 2017 walaupun menang pada perlawanan pertama dan juga tewas kepada Manchester United di pusingan kedua musim lepas – walaupun pelaburan besar ke dalam kelab, semua itu mula menampakka­n ganjaran pada musim ini.

“Kami mahu mencipta sejarah dan kami berjaya melakukann­ya,” kata Di Maria ketika memberitah­u penyiaran Perancis, RMC Sport.

“Jika kami terus bermain seperti hari ini, ia boleh membantu kami di final.”

Bayern Munich dan Lyon akan bertemu pada separuh akhir kedua untuk menentang PSG di final.

PSG, yang dibimbing Thomas Tuchel, adalah finalis pertama kejohanan ini sejak Monaco pada 2004. Sembilan

tahun selepas

Qatar

Sports Investment­s (QSI) membeli kelab yang ketika ini sentiasa berada di pertengaha­n Ligue 1 Perancis dan kemudian mengubahny­a menjadi kuasa besar bola sepak Perancis, mereka hanya kurang satu kemenangan untuk menjulang trofi yang menjadi idaman utama.

“Ia satu impian tetapi saya berharap impian itu tidak berakhir malam ini,” kata pemilik PSG, Nasser AlKhelaifi, hartawan dari Qatar. Tiada keraguan bahawa perlawanan di Lisbon amat membantu. PSG hanya memerlukan satu perlawanan berbanding perlawanan timbal-balik kebiasaann­ya sebelum ini dan mereka juga tidak berasa tertekan beraksi di hadapan penyokong sendiri yang sentiasa mempunyai jangkaan yang tinggi dan dengan ketiadaan penonton di stadium milik kelab Benfica itu, mereka bermain dengan begitu yakin.

Namun, dalam banyak cara, PSG bukan lawan buat Leipzig.

Penampilan pertama Leipzig ke separuh akhir kejohanan ini sudah satu pencapaian luar biasa untuk skuad muda kendalian Julian Nagelsmann, yang memaparkan tujuh pemain berusia di antara 21 dan 24 tahun dalam kesebelasa­n utama dan juga kehilangan bintang utama, penyerang Timo Werner, yang berpindah ke Chelsea sebelum kejohanan ini disambung semula pada awal bulan ini.

PSG mengintai peluang menjadi juara kejohanan kedua dari Perancis sejak Marseille memenangin­ya 27 tahun yang lalu. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? RANCAK: Antara babak-babak aksi perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara di antara Leipzig dan PSG di Lisbon.
— Gambar AFP RANCAK: Antara babak-babak aksi perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara di antara Leipzig dan PSG di Lisbon.
 ??  ?? NEYMAR
NEYMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia