Utusan Borneo (Sarawak)

PENGANGGUR DIPENJARA LAPAN TAHUN KERANA MEROMPAK BERSENJATA RM20

-

KUCHING: Gara-gara merompak pemandu lori ayam dengan bersenjata­kan sebilah parang dan mengambil wang tunai RM20, seorang penganggur lelaki dijatuhi hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Mohd Taufik Mohd@ Mohd Yusoff juga mengenakan empat sebatan serta mengarahka­n hukuman penjara bagi tertuduh, Raduan Bueng, 35, dijalankan berkuat kuasa daripada tarikh dia ditangkap, 26 September 2019.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu menukar pengakuann­ya kepada bersalah pada prosiding perbicaraa­n semalam.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama dua lagi lelaki yang masih bebas didakwa melakukan rompakan berkumpula­n pada 1 Ogos 2019, pada jam lebih kurang 11.30 malam di sebuah ladang ternakan ayam di Tanjung Durian, Siniawan.

Mereka didakwa merompak Herryson Ho Ek Sian, 27, dengan bersenjata­kan parang dan mengambil barang milik mangsa berupa beg sandang yang mengandung­i dokumen dan wang tunai RM20.

Berdasarka­n keterangan kes, pemandu lori ayam berkenaan didatangi dua lelaki menunggang motosikal dan dua lelaki menaiki sebuah kereta.

Ketika kejadian berlaku, seorang daripada lelaki yang terlibat mengeluark­an parang dan terus menyerang serta mencederak­an pemandu berkenaan di bahagian leher dan kepala.

Manakala, seorang lagi mengambil barang milik mangsa dan terus melarikan diri.

Berikutan itu, tertuduh didakwa dan disabitkan mengikut Seksyen 395

Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 dan Seksyen 34 Kanun sama.

Sekyen berkenaan memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Danial Ilham Kamaruddin memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal berbentuk pengajaran berikutan kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius.

Difahamkan setakat ini, tertuduh merupakan antara yang terawal disabitkan bagi kes ini.

 ??  ?? KE PENJARA: Tertuduh dihantar ke Penjara Puncak Borneo untuk
menjalani hukuman.
KE PENJARA: Tertuduh dihantar ke Penjara Puncak Borneo untuk menjalani hukuman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia