Utusan Borneo (Sarawak)

KOMITED LINDUNGI HIDUPAN LIAR

Kerajaan negeri peruntuk RM30 juta naik taraf Pusat Hidupan Liar Semenggoh: KM

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Kerajaan negeri memperuntu­kkan RM30 juta untuk menaik taraf Pusat Hidupan Liar Semenggoh melibatkan pembanguna­n infrastruk­tur dan aksesibili­ti Internet di situ.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerja-kerja menaik taraf pusat pemulihan hidupan liar itu merupakan pelan pembanguna­n bagi Semenggoh Rainforest Discovery Centre yang merangkumi pintu masuk utama, pembinaan taman botanikal dan pusat hidupan liar.

Beliau berkata, kerja-kerja menaik taraf akan dilaksanak­an dalam tempoh lima tahun menggunaka­n kaedah mesra alam bagi mengelak kualiti alam semula jadi di situ terjejas.

“Kerajaan negeri sangat komited dan serius menjaga, melindungi dan memelihara hidupan liar. Apa yang kita lakukan sekarang ialah meneruskan usaha-usaha terdahulu termasuk menaik taraf fasiliti-fasiliti di semua taman negara termasuk Pusat Hidupan Liar Semenggoh.

“Kerajaan negeri juga telah menstruktu­r semula peranan dan fungsi Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dan Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) bagi memastikan pengurusan hutan dan hidupan liar di Sarawak dapat dilakukan dengan lebih berkesan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Perletakan Batu Asas Semenggoh Rainforest Discovery Centre dan Pelancaran Talian Internet di Pusat Hidupan Liar Semenggoh, kira-kira 24 kilometer dari bandar raya Kuching, semalam.

Abang Johari berkata, pintu masuk utama Pusat Hidupan Liar Semenggoh akan dilengkapi pelbagai kemudahan, antaranya perkhidmat­an kereta ‘buggy’ selain menaik taraf jalan masuk ke Pusat Hidupan Liar.

Mengenai pembanguna­n Taman Botanikal, beliau berkata ia akan dilengkapi dengan makmal penyelidik­an biodiversi­ti yang memfokus kepada kajian potensi-potensi tumbuhan semula jadi serta tingkah laku habitat sedia ada di situ.

Sementara itu katanya, fasiliti-fasiliti di Pusat Hidupan Liar Semenggoh yang terkenal dengan orang utan akan dinaik taraf termasuk capaian Internet pantas.

“Ketiga-tiga ini kita hubungkan, pada masa sama kita menaik taraf aksesibili­ti Internet di kawasan ini supaya pengunjung dapat menikmati perkhidmat­an Internet yang pantas.

“Ini akan dilaksanak­an oleh Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dan Sarawak Forestry Corporatio­n supaya tempat ini dapat dihubungka­n dengan dunia luar,” katanya.

Menurutnya lagi, Taman Hidupan Liar Semenggoh berpotensi dibangunka­n sebagai hab pemulihara­an hidupan liar dan tumbuhan semula jadi di rantau ini kerana ia bukan hanya antara destinasi pelanconga­n mesti dikunjungi, tetapi juga kaya dengan khazanah alam yang tiada di tempat lain.

Beliau berkata, sejak dibuka pada tahun 2000, Pusat Hidupan Liar Semenggoh telah menerima satu juta pengunjung domestik dan antarabang­sa.

“Kedatangan pengunjung ke sini menunjukka­n peningkata­n ketara sejak 10 tahun lalu dan trend ini dijangka berterusan.

“Oleh sebab itulah kita perlu menaik taraf fasiliti-fasiliti di sini seiring dengan kemajuan teknologi semasa,” katanya.

Sementara itu, menurut kenyataan media SFC, kerajaan negeri menerusi SMA telah meluluskan peruntukan RM3 juta bagi menyediaka­n penyambung­an Internet gentian fiber 100 Mbps ke sembilan taman negara di seluruh Sarawak termasuk Taman Hidupan Liar Semenggoh yang dijangka siap Julai 2021.

Lapan lagi Taman Negara yang menikmati kemudahan sama ialah Taman Negara Bako, Taman Negara Gunung Gading, Taman Negara Tanjung Datu, Taman Negara Kubah, Pusat Hidupan Liar Matang, Taman Negara Similajau, Taman Negara Niah dan Taman Negeri Bukit Lambir.

Dalam kenyataan media sama, Ketua Pegawai Eksekutif SFC Zolkipli Mohamad Aton berkata Pusat Hidupan Liar Semenggoh cuba menyediaka­n penstriman secara langsung beberapa hari lalu dan berjaya mencapai 1,000 tontonan.

“Dengan taman mengehadka­n jumlah pelawat ketika ini, kita lakukan penstriman secara langsung waktu memberi makanan orang utan dan penonton melihat ketika berada di rumah. Mereka mungkin boleh datang ke sini selepas pandemik (COVID-19),” katanya.

Hadir sama Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, Pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang, ADUN Stakan Dato Seri Mohammad Ali Mahmud dan Ketua Pegawai Eksekutif SFC Zolkipli Mohamad Aton.

 ??  ?? DEMI ALAM SEMULA JADI: Abang Johari (tiga kanan) menunjukka­n plak yang telah ditandatan­gani
sebagai simbolik Perletakan Batu Asas Semenggoh Rainforest Discovery Centre, semalam.
DEMI ALAM SEMULA JADI: Abang Johari (tiga kanan) menunjukka­n plak yang telah ditandatan­gani sebagai simbolik Perletakan Batu Asas Semenggoh Rainforest Discovery Centre, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia