Utusan Borneo (Sarawak)

MAHKAMAH TOLAK PERMOHONAN SPRM LUCUT HAK RM188,138.26 DARIPADA SUPP

-

KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal dalam permohonan­nya untuk melucut hak RM188,138.26 yang didakwa mempunyai kaitan dengan skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), yang disita daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Ini berikutan keputusan Pesuruhjay­a Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk

Ahmad Shahrir Mohd Salleh yang menolak permohonan itu semalam.

Semasa menolak permohonan SPRM itu, Ahmad Shahrir berkata mahkamah mendapati suruhanjay­a itu tidak mengemukak­an keterangan mencukupi untuk menyokong permohonan­nya bagi mahkamah mengeluark­an perintah untuk membenarka­n pelucuthak­an itu.

Beliau berkata berdasarka­n keseimbang­an kebarangka­lian, pemohon (SPRM) tidak berjaya membuktika­n syarat di bawah Seksyen 56 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA), bagi sejumlah RM188,138.26 dalam akaun SUPP untuk dilucut hak.

“Sehubungan itu, saya dengan ini menolak permohonan ini,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM Abdul Rashid Sulaiman berkata pihak pendakwaan akan memfailkan notis rayuan terhadap keputusan itu ke Mahkamah Rayuan.

SUPP diwakili peguam Michael Chow.

Pada Jun tahun lepas, bekas Ketua Pesuruhjay­a SPRM Latheefa Koya berkata SPRM akan memfailkan saman sivil pelucuthak­an terhadap 41 responden untuk melucut hak kira-kira RM270 juta didakwa mempunyai kaitan dengan dana 1MDB dan diterima oleh para responden daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata tindakan itu diambil mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia