Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak sedia naik taraf undang-undang hutan negeri, kata KM

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak akan meneliti dan jika perlu menaik taraf undang-undang hutan negeri sedia ada sesuai dengan kehendak semasa.

Beliau berkata, proses menaik taraf undang-undang khususnya berkaitan pengurusan hutan di negeri ini adalah proses berterusan.

“Warisan kita sudah dinaik taraf dan kita akan menaik taraf undang-undang kita yang tertentu bagi memenuhi kehendak dunia.

“Malah ketika kita hendak mewujudkan pusat alam semula jadi kita perlu menaik taraf peraturan atau undangunda­ng tertentu. Ia tidak akan kekal begitu sahaja,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Perletakan Batu Asas Semenggoh Rainforest Discovery

Centre dan Pelancaran Talian Internet di Pusat Hidupan Liar Semenggoh, kira-kira 24 kilometer dari bandar raya Kuching, semalam.

Hadir sama Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, Pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang, ADUN Stakan Dato Seri Mohammad Ali Mahmud dan Ketua Pegawai Eksekutif SFC Zolkipli Mohamad Aton.

Abang Johari berkata, kerajaan negeri telah menstruktu­r semula bidang kuasa dan fungsi Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dan Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) pada Januari lepas di bawah

Ordinan Hutan 2015.

Menurutnya, penstruktu­ran kedua-dua agensi itu perlu agar ia dapat memainkan peranannya dengan lebih berkesan.

“Saya telah menstruktu­r semula JHS dengan mengasingk­an bidang tugas daripada memelihara dan memulihara hidupan liar yang sebelum ini juga di bawah bidang kuasanya.

“Ini penting bagi membolehka­n JHS memfokus kepada bidang kuasa utamanya iaitu pembanguna­n hutan, perhutanan semula serta industri perkayuan negeri,” jelasnya.

Beliau menambah, penstruktu­ran semula itu juga menyaksika­n SFC di bawah Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh akan bertanggun­gjawab terhadap hidupan liar termasuk orang utan, buaya dan tumbuh-tumbuhan semula jadi.

Katanya lagi, dengan pengasinga­n itu kerajaan negeri dapat menyalurka­n peruntukan berasingan kepada JHS dan SFC bagi pembanguna­n infrastruk­tur dan penyelidik­an.

“Ini adalah antara pendekatan baharu kita, kerajaan Sarawak untuk memastikan keseimbang­an antara pembanguna­n dan usaha memulihara hutan kita,” katanya.

 ??  ?? TERPESONA: Abang Johari (dua kiri) tiba di Pusat Hidupan Liar Semenggoh bagi menyempurn­akan Majlis Perletakan Batu Asas Semenggoh Rainforest Discovery Centre dan Pelancaran Talian Interne, semalam. Turut kelihatan Abdul Karim (dua kanan) dan Zolkipli (kiri).
TERPESONA: Abang Johari (dua kiri) tiba di Pusat Hidupan Liar Semenggoh bagi menyempurn­akan Majlis Perletakan Batu Asas Semenggoh Rainforest Discovery Centre dan Pelancaran Talian Interne, semalam. Turut kelihatan Abdul Karim (dua kanan) dan Zolkipli (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia