Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan leka meskipun Sarawak ‘hijau’ COVID-19

-

KUCHING: Warga Sarawak dinasihatk­an agar tidak leka dan terus berwaspada meskipun kekal berstatus Hijau apabila semalam, tiada kes positif COVID-19 baharu dicatatkan.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) yang berkata demikian menambah, saranan dan nasihat kesihatan mesti diamalkan setiap masa sebagai usaha mencegah penularan wabak yang kini 682 kes di Sarawak.

Garis panduan (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menetapkan agar orang berisiko tinggi seperti kanakkanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendak­i segera menjalani pemeriksaa­n kesihatan dan mengamalka­n penjarakan fizikal sekurangku­rangnya semeter.

Mengenai kluster, tujuh masih aktif yang kekal 62 kes.

Kluster tersebut ialah Kluster Syarikat Kejurutera­aan dengan lapan kes, Kluster Mambong dan Kluster Pasar Stutong masing-masing tujuh, Kluster Sentosa (31), Kluster PUI Melbourne (3), Kluster Syarikat Pembinaan Kuching (2) dan Kluster Pasar Satok (4).

“Tiada kes baharu yang pulih dan dibenarkan discaj dari Hospital Umum Sarawak hari ini (semalam). Ini menjadikan jumlah keseluruha­n kes postif COVID-19 yang pulih dan dibenarkan discaj setakat ini kekal seramai 660 orang atau 96.77 peratus.

“Seramai tiga orang masih menerima rawatan dalam wad isolasi hospital, dan jumlah kematian kekal 19 orang atau 2.79 peratus. Hari ini (semalam) sebanyak 38 PUI baharu dilaporkan dan tujuh kes masih menunggu ujian makmal,” kenyataan tersebut dipetik.

Mengenai pematuhan SOP PKPP, setakat semalam 1,537 premis dipantau termasuk pemakaian pelitup muka di seluruh Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia