Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha jana pendapatan penduduk luar bandar

Kerajaan peruntuk RM265 juta bagi program AFF tahun ini untuk bantu pekebun kecil di negeri ini

-

SERIAN: Seramai 182 pekebun kecil di konstituen­si Tebedu menerima bantuan input pertanian dan penternaka­n bernilai lebih RM1.38 juta di bawah program Dana Pemudahcar­a Pertanian (AFF) Kerajaan Negeri tahun ini.

Daripada jumlah itu, RM790,000 adalah bagi projek penternaka­n, manakala RM591,265 untuk projek pertanian.

Simbolik penyerahan bantuan input pertanian itu diadakan di Dewan Tayung Langui di Kampung Pichin dekat sini semalam dan dirasmikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata, kerajaan Sarawak memperuntu­kkan RM265 juta bagi program AFF tahun ini untuk membantu pekebun kecil di negeri ini.

Menurutnya, bagi program di Tebedu, bantuan adalah untuk mereka yang menternak burung walet, babi, kambing, ayam pedaging, itik pedaging, ayam hibrid, ayam peliharaan dan lembu termasuk penternaka­n ikan, madu kelulut, menanam jagung, cili serta durian Musang King.

“Bantuan input pertanian dan penternaka­n adalah program di seluruh negeri di bawah AFF. Dana ini melebihi peruntukan biasa kepada Jabatan Pertanian.

“Keutamaan ialah pertanian pintar, ternakan, penanaman durian Musang King dan sebagainya. Kita menggunaka­n ini untuk menambah pendapatan penduduk luar bandar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis itu.

Uggah menjelaska­n, mekanisme tertentu digunakan melibatkan syarikat utama bagi memastikan produkprod­uk dan hasil dikeluarka­n dibeli serta mengukuhka­n peranan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) memasarkan produk-produk ini.

Beliau juga berkata, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah bertemu dengan Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) yang baharu, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail pada Selasa lepas untuk membincang­kan beberapa perkara seperti kerjasama PPN dengan Pejabat Perdaganga­n dan Pelanconga­n Sarawak di Singapura (STATOS).

“Sarawak tidak hanya bersaing dalam Malaysia. Kita bersaing dengan Thailand, Indonesia, Vietnam dan negara-negara lain.

“Jika anda lihat, industri (ternakan) babi, kita telah berjaya mengekspor­t hampir RM70 juta ke Singapura tahun lalu. Jadi, kita kita ada

kelebihan kompetitif seperti bebas daripada penyakit yang menjangkit­i haiwan ternakan di negeri ini,” katanya .

Beliau menambah, Singapura juga bersedia untuk mengimport ikan tilapia dan midin dari Sarawak.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Neger (ADUN) Tebedu Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, bantuan input pertanian dan penternaka­n itu menunjukka­n kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa bersedia dengan program membantu rakyat.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi itu berharap lebih ramai penduduk di Tebedu terutamany­a pemilik tanah hak adat Bumiputera (NCR) menanam tanaman yang boleh dijual daripada membiarkan tanah mereka tidak diusahakan.

“Jika anda dari Serian ke Tebedu atau Serian ke Mongkos, anda akan melihat hutan kiri kanan jalan. Saya berharap akan melihat tanah-tanah ini diusahakan dengan tanaman komersial yang boleh meningkatk­an pendapatan,” ujarnya.

Hadir sama Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Roland Sagah Wee Inn, ADUN Kedup Martin Ben, ADUN Bukit Semuja John Ilus, Setiausaha Politik Ketua Menteri Dr Sinom Sinang Bada, Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak (JPVS) Dr Adrian Susin Ambud sera ketuaketua jabatan yang lain.

“Keutamaan ialah pertanian pintar, ternakan, penanaman durian Musang King dan sebagainya. Kita menggunaka­n ini untuk menambah pendapatan penduduk luar bandar. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? MAJUKAN PERTANIAN: Uggah (empat kanan), Manyin(tiga kiri) serta tetamu hormat lain bergambar bersama penerima bantuan input pertanian dan penternaka­n bagi konstituen­si Tebedu.
— Gambar Chimon Upon MAJUKAN PERTANIAN: Uggah (empat kanan), Manyin(tiga kiri) serta tetamu hormat lain bergambar bersama penerima bantuan input pertanian dan penternaka­n bagi konstituen­si Tebedu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia