Utusan Borneo (Sarawak)

UNIFOR bukti kerajaan tidak abai keperluan agama lain

-

LAWAS: Penubuhan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di Jabatan Ketua Menteri adalah satu usaha berterusan kerajaan dalam menangani perkara berhubung dengan kepentinga­n dan keperluan agama-agama lain di Sarawak.

Setiausaha Sulit Timbalan Menteri bagi Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar(KPLB) Malaysia Steve Lius berkata UNIFOR juga adalah bukti jelas tentang menjaga kepentinga­n semua rakyat daripada semua agama.

“UNIFOR akan menjadi landasan bagi permohonan untuk dana dan tanah untuk pembinaan gereja-gereja atau kuil-kuil baru atau pembaikan serta berbagai urusan berhubungk­ait pengurusan rumah-rumah ibadah berkenaan,” katanya pada merasmikan Sesi Taklimat Permohonan Bantuan Dana Rumah Ibadah Agama-agama Lain(UNIFOR) di Hotel Seri Malaysia Lawas baru-batu ini.

Beliau berkata, Penubuhan UNIFOR sebagai sebuah agensi kerajaan negeri merupakan cetusan idea bekas ketua menteri Sarawak Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem yang bertanggun­gjawab untuk mengawal selia dasar bagi mempromosi­kan keharmonia­n antara agama.

Pada masa sama katanya, UNIFOR berperanan menilai, mencadangk­an dan merumuskan dasar, undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan hal ehwal agama bukan Islam di Sarawak.

“Kerajaan Sarawak terus memastikan kebebasan mengamalka­n agama masing-masing terus subur diamalkan untuk kebaikan rakyat yang terdiri daripada berbagai kaum dan latar belakang,” ujarnya lagi.

Setiausaha Pergerakan Pemuda Parti PBB Cawangan Ba’kelalan itu turut menyeru agar golongan muda lebih melibatkan diri dalam aktiviti gereja dan rumah ibadah masing-masing dalam memastikan mereka berupaya membenteng diri daripada pengaruh negatif yang boleh merosakkan masa depan.

 ??  ?? HARMONI: Steve (dua kanan) bersama peserta program di Lawas baru-baru ini.
HARMONI: Steve (dua kanan) bersama peserta program di Lawas baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia