Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan galak belia jadikan pertanian sebagai perniagaan

Pelbagai peluang, bantuan disedia untuk tingkat ekonomi rakyat

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Kerajaan Sarawak terus berusaha untuk mengalak serta menarik lebih ramai golongan belia terlibat dalam bidang pertanian yang boleh menjadi perniagaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang berkata, pertanian mempunyai potensi luas dalam mengubah kehidupan dan ekonomi rakyat jika diusahakan dengan lebih serius.

Kerajaan Sarawak katanya, menyediaka­n pelbagai peluang dan bantuan untuk penduduk melibatkan diri dalam bidang pertanian sekali gus menggalak lebih ramai penduduk dan golongan belia terlibat dalam bidang pertanian yang boleh menjadi perniagaan.

“Penduduk khusus golongan belia di konstituen­si Batu Danau digalak untuk melibatkan diri secara aktif dalam sektor pertanian diri, sekali gus meningkatk­an ekonomi dan pendapatan keluarga,” katanya pada Program Agricultur­e Community Outreach (Agricop) di Dewan Kampung Bidang di sini, semalam.

Turut sama ialah Pegawai Pertanian Bahagian (Pembanguna­n) Jakaria Rambli, Pemanca Jun Sillah, Ketua Pemuda PBB Batu Danau Kaunselor Elvis Mathew Bungsu dan Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Bidang Lukong Simpok.

Seramai 150 peserta dari 40 kampung di kawasan Batu Danau menghadiri program itu.

Paulus berkata lagi, hampir keseluruha­n kampung dan rumah panjang di DUN Batu Danau dapat diakses menggunaka­n kemudahan jalan raya.

“Oleh itu, penduduk setempat perlu menggunaka­n peluang ini untuk menjadikan pertanian sebagai kerjaya

Pada masa ini, populasi manusia kian bertambah, justeru keperluan untuk barangan makanan yang berasaskan kepada produk pertanian amat luas.

Paulus Palu Gumbang

ADUN Batu Danau yang memberi keuntungan,” ujarnya lagi.

Menurutnya lagi, golongan belia yang belum mempunyai pekerjaan perlu mengambil peluang untuk menjadikan pertanian sebagai kerjaya yang boleh menjamin masa depan.

“Pada masa ini, populasi manusia kian bertambah, justeru keperluan untuk barangan makanan yang berasaskan kepada produk pertanian amat luas,” jelasnya.

Selain itu beliau memberitah­u, kerajaan Gabungan Parti Sarawak di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari telah mewujudkan sistem mikro kredit iaitu kemudahan meminjam modal.

Dalam tempoh tiga tahun ujarnya, peminjam hanya perlu membayar modal sahaja dan tidak perlu untuk membayar faedah.

Paulus berharap agar para peserta kursus dapat menerokai tanaman seperti durian, nangka madu dan nanas memandangk­an hasil produk pertanian tersebut adalah antara hasil yang akan dibeli di Pusat Pemprosesa­n dan Pembungkus­an (CPPC) di Kubong apabila siap April tahun depan.

 ??  ?? PERTANIAN PERNIAGAAN: (Depan dari tiga kiri) Jakaria dan Paulus bersama para peserta program semalam.
PERTANIAN PERNIAGAAN: (Depan dari tiga kiri) Jakaria dan Paulus bersama para peserta program semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia