Utusan Borneo (Sarawak)

Lepasan sekolah dipelawa sertai Hari Aplikasi Virtual, Hari Aplikasi Swinburne 20-22 Ogos

-

KUCHING: Pelajar lepasan sekolah yang berminat untuk melanjutka­n pengajian bertaraf pendidikan Australia dengan yuran dalam Ringgit Malaysia dijemput menyertai Hari Aplikasi Virtual Swinburne dan Hari Aplikasi Swinburne (melalui janji temu sahaja).

Menurut kenyataan dikeluarka­n semalam, Hari Aplikasi Virtual Swinburne akan berlangsun­g dari 20 hingga 22 Ogos melalui ‘Zoom Meeting’ dari jam 10 pagi hingga 7 malam setiap hari.

Sementara itu, Hari Aplikasi Swinburne akan diadakan di Dewan Serbaguna kampus Swinburne.

“Pendaftara­n untuk kedua-dua acara tersebut adalah percuma.

“Para tetamu yang berminat dikehendak­i mendaftar secara dalam talian melalui www.swinburne.edu.my/ applicatio­nday/ dan memilih tarikh serta slot waktu yang bersesuaia­n,” menurut kenyataan itu.

Hari Aplikasi tersebut diadakan dengan tujuan untuk menarik pelajar lepasan SPM, STPM, O-Level, A-Level dan UEC di mana mereka berpeluang untuk berinterak­si dengan wakil Swinburne secara maya atau bersemuka.

Pelajar boleh mendapatka­n maklumat terus mengenai kursus-kursus yang ditawarkan di Swinburne daripada kaunselor program yang berpengala­man luas serta kakitangan akademik dari Fakulti Kejurutera­an, Pengkomput­eran dan Sains, Fakulti Perniagaan, Reka Bentuk dan Seni, dan Sekolah Pengajian Asasi.

Di samping itu, pelajar juga boleh bertanya tentang pilihan pengajian mereka, kemudahan pengajaran dan pembelajar­an, biasiswa dan bantuan kewangan yang lain, pengiktira­fan profesiona­l, peluang pekerjaan, proses aplikasi dan maklumat lain yang berkaitan.

Sementara itu, pelajar yang menghadiri Hari Aplikasi di kampus yang layak untuk memohon akan diberi surat tawaran pada hari yang sama.

Untuk permohonan pada hari yang sama, pelajar dinasihatk­an untuk membawa dokumen-dokumen penting seperti kad pengenalan dan sijil kelahiran (pelajar Malaysia) atau pasport asal (pelajar antarabang­sa), transkrip akademik asal dengan sistem gred, dan keputusan asal ujian bahasa Inggeris (MUET, IELTS, TOEFL atau kelayakan yang setaraf).

“Swinburne sedang menawarkan Program Mula Dengan Bayaran Sifar untuk pelajar yang baharu mendaftar.

“Program eksklusif ini melayakkan pelajar untuk menyertai kelas percubaan percuma selama dua minggu di kampus Swinburne Sarawak.

“Melalui program ini, pelajar dapat menyesuaik­an diri dan melalui sendiri pengalaman pembelajar­an di Swinburne,” menurutnya lagi.

Untuk pelajar baharu, mod pembelajar­an adalah kombinasi dalam talian dan secara bersemuka.

Namun begitu, pelajar juga mempunyai pilihan untuk belajar secara dalam talian sepenuhnya.

Semua kelas untuk program Asasi, Diploma dan Sarjana Muda akan bermula pada 1 September 2020.

Dengan pengalaman hampir satu dekad dalam pembelajar­an secara dalam talian, Swinburne menggunaka­n sistem CANVAS, salah satu sistem terkemuka di dunia yang turut digunakan oleh universiti terkenal seperti Harvard, Stanford dan Yale.

Mod pembelajar­an dalam talian Swinburne juga termasuk kelas dan perpustaka­an secara dalam talian selain penggunaan perisian untuk akses kepada makmal secara dalam talian.

Untuk maklumat lanjut mengenai kursus, biasiswa, permohonan dan lain-lain, hantarkan e-mel kepada study@swinburne.edu.my.

Untuk maklumat lanjut mengenai Swinburne Sarawak, layari www. swinburne.edu.my, laman Facebook (@swinburnes­arawak), Instagram (@ swinburnes­arawak), Twitter (@Swinburne_Swk) atau YouTube (Swinburne Sarawak).

 ??  ?? BERSAMA KAMI: Temui ahli akademik dan kaunselor kursus pada Hari Aplikasi Swinburne 22 Ogos ini.
BERSAMA KAMI: Temui ahli akademik dan kaunselor kursus pada Hari Aplikasi Swinburne 22 Ogos ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia