Utusan Borneo (Sarawak)

TPU UPMKB anjur kursus pembiakan Musang King

-

BINTULU: Durian D197 atau lebih popular dengan nama Musang King antara durian yang termahal di pasaran dengan menjangkau harga RM40 hingga RM80 sekilogram mengikut gred.

Dikatakan nilai harga durian ini mahal atas sebab kerumitan dari segi penjagaan serta nama komersilny­a termasuk mendapat permintaan tinggi daripada penggemar durian.

Melihat kepada potensi besar durian ini dalam pasaran serta lebih banyak ditanam dan dipasarkan di semenanjun­g maka Taman Pertanian Universiti(TPU) Universiti

Putra Malaysia Kampus Bintulu(UPMKB) mengambil langkah ke hadapan dengan menganjur Kursus Pembiakan Durian Musang King (D197) pada 15 Ogos lalu di universiti berkenaan.

Pegawai Pertanian Kanan TPU UPMKB merangkap pengerusi penganjurn­ya Sat Maling berkata, kursus yang diadakan itu menumpukan kepada senario dan potensi durian D197 termasuk morfologi, jenis-jenis klon atau varietinya serta cara pembiakan melalui media penanaman.

Selain itu katanya, cara penanaman, penjagaan, penyelengg­araan selepas penanaman dan kos pengeluara­n bagi durian jenis ini turut diberi penekanan.

“Demonstasi cara penanaman, amali pembiakan atau semaian D197 amat penting bagi yang hendak memulakan tanaman durian ini,” ujarnya semasa menyampaik­an penerangan kepada peserta kursus itu baru-baru ini.

Difahamkan penjagaann­ya tidak boleh terlebih atau kurang air dan ketika tanaman itu masih kecil ia tidak boleh terlalu terdedah kepada matahari, perlu diletak jaring sebagai pelindung dan baja akan ditabur pada musim hujan serta memerlukan tujuh hingga 10 hari berterusan tanpa hujan.

Baja yang digunakan perlu bersesuaia­n serta pengairan cukup tanpa berlebihan untuk kesuburan pokok.

Ia juga memerlukan air yang banyak pada musim kemarau dan baja organik sesuai untuk kesuburann­ya.

Sementara itu, Pengarah Taman Pertanian Universiti dan Pembanguna­n (TPUP) UPMKB Profesor Madya Dr Ong Kian Huat berkata, melalui kursus yang diadakan itu kita berharap dapat merealisas­ikan program ‘University­4Society’ yang antara lainnya menyasarka­n usaha memperluas dan mengembang­kan pelbagai tanaman dalam sektor pertanian kepada orang awam.

“Ini merupakan satu daripada rangkaian kursus yang dirancang pada tahun ini,” katanya sambil berharap para peserta akan mengambil peluang menimba pelbagai ilmu dalam bidang pertanian berkaitan daripada kursus tersebut.

Pada masa sama, Ketua TPU

UPMKB Nalong Buda melihat akan usaha pihaknya untuk memenuhi saranan kerajaan bagi meningkatk­an lagi industri pertanian di Malaysia terutama di Sarawak.

Katanya, kemahiran petani dengan kaedah dan amalan baik pertanian untuk kebolehlak­sanaan projek yang berdaya maju adalah amat penting, sekali gus pemindahan teknologi terkini kepada petani untuk meningkatk­an produktivi­ti dan kualiti hasil ladang perlu ditekankan.

Jelasnya, para petani atau pekebun juga perlu diterap dengan ciri-ciri keusahawan­an supaya mereka mampu menjadi usahawan tani yang berjaya pada masa hadapan.

Menurut Penolong Pendaftar TPUP Dexter Elvin Menari, seramai 48 peserta dari seluruh Sarawak menyertai kursus itu yang membabitka­n aktiviti kuliah dan kelas praktikal yang mematuhi Prosedur Operasi Standard dan norma baharu yang digariskan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Perintah Kawalan Pergeraka Pemulihan (PKPP).

“Penjarakan fizikal dan amalan 3W iaitu ‘wash’, kerap mencuci tangan dengan air dan sabun; ‘wear’, memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala dan warn, amaran daripada KKM yang lebih berkonsep peringatan bagi menghindar­i pandemik COVID-19,” katanya.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Peserta yang berjaya menamatkan Kursus Pembiakan Durian Musang King (D197) merakam gambar kenangan bersama pihak penganjur.
UNTUK ALBUM: Peserta yang berjaya menamatkan Kursus Pembiakan Durian Musang King (D197) merakam gambar kenangan bersama pihak penganjur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia