Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa ambil positif kebenaran aktiviti luar bilik darjah

Pihak sekolah diyakini akan memastikan pematuhan ketat SOP, persetujua­n daripada ibu bapa atau penjaga juga perlu

- Oleh Connie Sylvia Mesa

MIRI: Aktiviti sukan dan kokurikulu­m di luar bilik darjah yang dibenarkan dengan garis panduan ketat pada 1 September depan mendapat reaksi positif daripada kalangan ibu bapa.

Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Dato Permaisuri Ishak Baijuri berkata, beliau bersetuju agar pelajar tidak berasa tertekan kerana berada di dalam bilik darjah selepas sekolah mula dibuka pertengaha­n Julai lalu.

“Sekurang-kurangnya ada juga aktiviti di luar kelas untuk mereka agar mereka tidak berasa tertekan disebabkan hanya pembelajar­an di dalam kelas.

“Bagaimanap­un, persetujua­n daripada ibu bapa atau penjaga juga perlu, dan sekiranya ada perkara yang tidak diingini berlaku, kita tidak hanya menuding jari kepada pihak sekolah sematamata,” jelasnya.

Menurutnya, selain garis panduan yang ketat dan persetujua­n daripada ibu bapa atau penjaga, aktiviti sukan juga perlu diambil kira terutamany­a yang tidak melibatkan sentuhan secara dekat.

“Prosedur operasi standard (SOP) juga perlu dipatuhi dan aktiviti sukan serta kokurikulu­m yang tidak melibatkan sentuhan seperti badminton dan sebagainya,” katanya.

Turut sependapat dengan Ishak, jelas Jessy Johnny Ajang, sekiranya SOP dipatuhi, maka tiada masalah untuk membenarka­n para pelajar mengikuti aktiviti sukan dan kokurikulu­m terbabit. “Saya yakin pihak sekolah juga akan lebih berwaspada dan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

“Anak saya sendiri mengadu bosan kerana tidak ada aktiviti bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) di sekolah sejak sekolah dibuka dan hanya tertumpu kepada

pembelajar­an di dalam kelas,” ujarnya yang mempunyai dua orang anak di sekolah rendah masing-masing di Tahun Tiga dan Tahun Empat.

Shirly Tai yang turut bersetuju berkata, beliau membenarka­n anak-anaknya bagi mengikuti aktiviti sukan dan kokurikulu­m terbabit.

“Tiada masalah bagi saya kerana saya yakin pihak sekolah akan mematuhi garis panduan dan SOP serta memastikan keselamata­n kesemua pelajar.

“Sekurang-kurangnya pembelajar­an PJPK dipraktikk­an di luar kelas agar pelajar lebih memahami pembelajar­an tersebut dan tidak berasa bosan,” tambahnya.

Selasa lalu, Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Mesyuarat Khas MenteriMen­teri Mengenai Pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meneliti dan meluluskan pembentang­an garis panduan mengenai aktiviti terbabit yang dibentangk­an Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM).

“Garis panduan ini merangkumi pelaksanaa­n aktiviti sukan dan kokurikulu­m secara bersemuka termasuk amali di luar bilik darjah bagi mata pelajaran PJPK serta Sains Sukan dalam keadaan yang terkawal.

“Antara yang perlu dipatuhi termasuk mendapatka­n kebenaran bertulis ibu bapa atau penjaga murid yang terbabit, selain penggunaan bilik mandi dan persalinan dihadkan, memastikan penjarakan fizikal satu hingga tiga meter bagi aktiviti statik dan satu hingga lima meter bagi aktiviti dinamik dan peralatan perlu dibersihka­n dan disanitasi.

“Aktiviti yang diadakan juga perlu mengikut garis panduan dan SOP Majlis Keselamata­n Negara (MKN), KKM, Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) serta KPM sedia ada,” katanya.

“Bagaimanap­un, persetujua­n daripada ibu bapa atau penjaga juga perlu, dan sekiranya ada perkara yang tidak diingini berlaku, kita tidak hanya menuding jari ” kepada pihak sekolah semata-mata. Ishak Baijuri Naib Yang Dipertua PIBG SMK Dato Permaisuri

 ??  ?? ISHAK
ISHAK
 ??  ?? JESSY
JESSY
 ??  ?? SHIRLY
SHIRLY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia