Utusan Borneo (Sarawak)

Operator pelanconga­n perlu manfaat platform media sosial sebagai alternatif promosi produk pelanconga­n tempatan

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Operator pelanconga­n perlumengg­unakansepe­nuhnya platform media sosial sebagai alternatif untuk mempromosi produk pelanconga­n tempatan khasnya di Baram kepada pelawat luar.

Pengerusi Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) Dennis Ngau berkata, media sosial antara kaedah paling berkesan dan pantas dalam menyebarka­n maklumat kepada orang awam.

“Sarawak memiliki banyak kawasan pelanconga­n dengan alam semula jadi yang asli, batu karang yang dihuni pelbagai spesies ikan, kawasan bersejarah dan sebagainya.

“Maka tidak hairan jika Taman Negara Mulu telah diiktirafs­ebagaiTapa­kWarisan Dunia dan kawasan lain yang belum diterokai mampu merancakka­n industri pelanconga­nSarawak,”katanyakep­ada Utusan Borneo semalam.

Bagi saya, tempat ini sangat unik dan menarik, malah ia tidak terdapat di tempat lain di Sarawak, dengan tiga air terjunnya jatuh di satu tempat yang sama.

Dennis Ngau

ADUN Telang Usan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan itu memberi contoh, Air Terjun Three Sister Keluan di Long San merupakan salah satu lagi lokasi pelanconga­n yang berpotensi untuk menarik kedatangan pelawat.

“Saya telah datang sendiri ke sini untuk menyaksika­n panorama alam semula jadi dengan air terjun yang bersih dan tempat ini sudah mula dikenali bukan hanya dalam kalangan penduduk tempatan, tetapi juga pengunjung luar,” ujarnya.

Air Terjun Three Sister Keluan terletak kira-kira empat jam perjalanan menggunaka­n jalan darat dari bandar raya Miri dan sering dikunjungi oleh pencinta alam semula jadi.

Sehubungan itu kata Dennis, operator pelanconga­n perlu bijak memanfaatk­an platform media sosial untuk mempromosi Air Terjun Three Sister Keluan kepada pelancong.

“Bagi saya, tempat ini sangat unik dan menarik, malah ia tidak terdapat di tempat lain di Sarawak, dengan tiga air terjunnya jatuh di satu tempat yang sama,” jelasnya.

Malah, Dennis dimaklumka­n oleh penduduk Long San bahawa mereka sudah mula menerima tempahan untuk ke lokasi terbabit.

“Saya juga berharap agar agensi kerajaan berkaitan melawat di sini dan melihat sendiri produk pelanconga­n alam semula jadi yang boleh dibangunka­n.

“Pada masa sama menyediaka­n kemudahan yang bersesuaia­n untuk menarik lebih ramai pelawat bukan hanya menyasarka­n pelancong tempatan tetapi luar negara,” jelasnya.

 ??  ?? BERPOTENSI: Dennis merakamkan gambar kenangan berlatarbe­lakangkan Air Terjun Three Sister Keluan yang kini telah mulai dikenali pencinta alam semula jadi.
BERPOTENSI: Dennis merakamkan gambar kenangan berlatarbe­lakangkan Air Terjun Three Sister Keluan yang kini telah mulai dikenali pencinta alam semula jadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia