Utusan Borneo (Sarawak)

Angela desak Zuraida tunaikan janji bina 108 balai bomba

-

SIBU: Parti Keadilan Rakyat Cabang Julau mendesak Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin menunaikan janji membina 108 balai bomba kategori E di pedalaman Sarawak.

Ketua Wanitanya Angela Baca berkata, beliau wajar menyegerak­an pembinaan balai bomba berkenaan bagi memastikan kes kebakaran di kawasan pedalaman dapat ditangani dengan lebih efektif.

Angela memberitah­u, siri kejadian kebakaran sentiasa menjadi igauan penduduk di kawasan pedalaman kerana bimbang insiden tersebut menimpa mereka.

“Nyawa penduduk pedalaman Sarawak bagaikan telur di hujung tanduk kerana pada bila-bila masa nyawa, tempat perlindung­an, harta benda mereka boleh musnah dijilat api apabila berlakunya kebakaran,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi halaman sosial Facebook miliknya semalam.

Menurut Angela, dari Januari hingga Mei lalu sahaja kejadian kebakaran di kawasan pedalaman Sarawak sudah mencatatka­n kerugian yang dianggarka­n mencecah RM2 juta.

Ujar beliau, sebanyak 38 pintu rumah panjang direkodkan musnah dijilat api.

Bencana kebakaran katanya, tidak terhenti disitu sahaja, apabila pada 5 Ogos lalu sebuah Blok asrama SK Sebauh turut musnah dijilat api.

“Terbaru membabitka­n Rumah Chat, Nanga Bilat yang terletak kira-kira 20 kilometer dari pasar Julau.

“Lebih menyedihka­n apabiladae­rahJulauti­daktersena­rai ketikaAhli­ParlimenJu­lauLarry Sng Wei Shien bertanyaka­n mengenai perkembang­an terkini 108 balai bomba kategori E sepertiyan­gdijanjika­ndahulu,” jelas beliau lagi.

Justeru beliau, sekali lagi menggesa supaya pembinaan balai bomba di kawasan pedalaman di negeri ini dapat direalisas­ikan seperti mana yang telah dijanjikan.

 ??  ?? ANGELA
ANGELA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia