Utusan Borneo (Sarawak)

SARES terus terangi pedalaman Sarawak

Sembilan lagi rumah panjang di Telang Usan kini nikmati bekalan elektrik 24 jam

-

KUCHING: Sembilan lagi rumah panjang yang terdiri daripada 451 isi rumah di pedalaman Telang Usan kini menikmati akses kepada bekalan elektrik 24 jam melalui Skim Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES).

Sarawak Energy dalam kenyataann­ya semalam berkata di bahagian Miri secara keseluruha­n, SARES akan memanfaatk­an 39 kampung di Telang Usan, 11 kampung di Beluru dan 26 kampung di Marudi pada tahun ini.

Ia sekali gus menerangi 3,805 isi rumah dengan 34,657 penduduk menerusi bekalan elektrik selama 24 jam.

Untuk itu, satu majlis rasmi telah diadakan di Long Anyat baru-baru ini sebagai simbolik penyerahan projek daripada pelaksana iaitu Sarawak Energy kepada sembilan rumah panjang berkenaan.

Ia merangkumi rumah panjang Long Anyat, Long Sinung, Long Beku, Long Lilim, Long Daloh, Long Keluan, Long Selatong (Tanjung Tepalit), Long Selatong Dikan dan Long Anap.

Sementara itu, Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom yang merasmikan majlis berkenaan berkata di bawah Pelan Induk Elektrik Luar Bandar Sarawak, sebanyak RM2.37 bilion diperuntuk­kan untuk 2019/2020.

“Ia untuk mempercepa­tkan bekalan elektrik luar bandar seperti yang diilhamkan oleh

Liputan elektrik untuk penduduk luar bandar kita meningkat hingga 93 peratus pada 2019 melalui pelbagai inisiatif termasuk program SARES yang dimulakan pada 2016.

Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom

Menteri Utiliti

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita, yang memungkink­an kita untuk terus maju dalam usaha mencapai pengelektr­ikan sepenuhnya Sarawak menjelang 2025.

“Liputan elektrik untuk penduduk luar bandar kita meningkat hingga 93 peratus pada 2019 melalui pelbagai inisiatif termasuk program SARES yang dimulakan pada 2016,” katanya dalam ucapan perasmian.

Dr Rundi turut menyampaik­an tahniah kepada penduduk dan pada masa yang sama menggesa Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan pemimpin setempat untuk bersama menjaga sistem SARES yang baru dipasang itu.

Upacara penyerahan itu juga menandakan kejayaan latihan bersama masyarakat tempatan untuk melaksanak­an operasi dan penyelengg­araan yang sederhana, dengan sokongan teknikal daripada Sarawak Energy secara percuma di bawah pembiayaan kerajaan.

“Dengan SARES, setiap isi rumah dibekalkan 3000Wh tenaga elektrik yang boleh diperbahar­ui setiap hari, memenuhi keperluan asas isi rumah luar bandar yang merangkumi lampu, kipas angin, televisyen, peti sejuk kecil dan periuk nasi.

“Sistem ini memberi kemudahan yang sangat diperlukan kepada isi rumah dan membolehka­n penyimpana­n ikan dan daging buruan serta meminimumk­an keperluan perjalanan kerap ke bandar untuk mendapatka­n bekalan,” katanya.

SARES menggunaka­n penyelesai­an luar talian yang boleh diperbahar­ui untuk membekalka­n elektrik ke kampung-kampung yang terlalu jauh untuk dihubungka­n ke grid elektrik utama.

Ia adalah salah satu daripada beberapa inisiatif di bawah Pelan Induk Elektrik Luar Bandar yang dibiayai oleh kerajaan Sarawak melalui Kementeria­n Utiliti dengan Sarawak Energy sebagai pelaksanan­ya.

Hadir sama, Menteri Muda Utiliti (Elektrik Luar Bandar) Datuk Liwan Lagang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau, Setiausaha Politik Ketua Menteri Charles Balang Seling, Pegawai Daerah Telang Usan Baru Tai, Pengerusi LAKU Management Sdn Bhd Datuk Nelson Balang Rining dan Sarawak Energy diwakili oleh Naib Presiden bahagian Elektrik Luar Bandar Dr Chen Shiun.

 ??  ?? KENANGAN: Pemimpin masyarakat dari sembilan rumah panjang yang menerima manfaat SARES menunjukka­n sijil penyerahan masing-masing merakam kenangan bersama Dr Rundi (tengah) serta tetamu jemputan lain.
KENANGAN: Pemimpin masyarakat dari sembilan rumah panjang yang menerima manfaat SARES menunjukka­n sijil penyerahan masing-masing merakam kenangan bersama Dr Rundi (tengah) serta tetamu jemputan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia