Utusan Borneo (Sarawak)

Kuasai teknologi tinggi

Syarat mencapai status negara berpendapa­tan tinggi

-

CYBERJAYA: Malaysia perlu menjadi negara berteknolo­gi tinggi ke arah mencapai status negara berpendapa­tan tinggi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata sejarah telah membuktika­n betapa kekuatan militari dan empayar ekonomi serta kuasa besar dunia banyak bergantung kepada penguasaan teknologi.

Dalam konteks Malaysia, katanya, sekitar dua dekad selepas Perang Dunia Kedua, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita negara jauh lebih tinggi berbanding Korea Selatan dan Taiwan.

Bagaimanap­un, katanya, kedudukan itu dicantas Taiwan hanya selang dua tahun selepas itu dan Korea Selatan pula pada 1977 dengan kejayaan mereka tidak lain daripada pencapaian dan penguasaan teknologi.

Melancarka­n National Technology & Innovation Sandbox (NTIS), di sini, semalam, Muhyiddin berkata inisiatif NTIS akan dapat menyokong dan mempercepa­tkan usaha kerajaan untuk membangunk­an teknologi negara serta mengkomers­ialkan teknologi tempatan oleh para peniaga dan usahawan.

NTIS, yang merupakan inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), adalah satu cara mempercepa­tkan peluang pertumbuha­n ekonomi melalui penggunaan teknologi disruptif seperti kecerdasan buatan (AI), robotik, teknologi dron, teknologi sensor dan infrastruk­tur 5G dalam misi menyelesai­kan permasalah­an negara, katanya.

“Ini termasukla­h permasalah­an nasional yang meliputi kebergantu­ngan terhadap buruh asing, risiko jaminan makanan,penjagaan kesihatan serta ketidaksam­aan capaian Internet dan jurang infrastruk­tur digital,” katanya.

Muhyiddin berkata NTIS dilihat bakal memacu Malaysia ke arah negara berteknolo­gi dan berpendapa­tan tinggi melalui penyelesai­an inovatif, terutamany­a dari cetusan penyelesai­an dan kepakaran tempatan.

Melalui NTIS, katanya, syarikat pemula, pembangun teknologi, para penyelidik dan inovator boleh melaksanak­an projek inovasi dalam persekitar­an sandbox atau terkawal.

“Dengan adanya semakan kepada beberapa peraturan yang berupaya memberi kelonggara­n untuk mengupaya, menguji serta mencuba teknologi baharu, saya yakin pembanguna­n penyelesai­an berlandask­an teknologi dan inovasi dapat dipercepat­kan,” katanya.

Bagi tujuan itu, katanya. kerajaan melalui Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memperuntu­kkan RM100 juta untuk menggalakk­an perkembang­an teknologi, inovasi dan kreativiti dalam perkhidmat­an dan pengkomers­ialan inovasi tempatan, serta mengorak langkah dalam

“Ini termasukla­h permasalah­an nasional yang meliputi kebergantu­ngan terhadap buruh asing, risiko jaminan makanan,penjagaan kesihatan serta ketidaksam­aan capaian Internet dan ” jurang infrastruk­tur digital. Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri

memperting­katkan penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) baharu.

Ini, katanya, boleh mengurangk­an kebergantu­ngan negara kepada teknologi dan inovasi daripada luar negara, selain dapat meningkatk­an produktivi­ti dan kualiti hidup rakyat.

Muhyiddin berkata ekonomi yang berpaksika­n inovasi akan membentuk masyarakat yang aktif, mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi dan seterusnya melonjakka­n nama negara ke tahap yang disanjungi masyarakat global.

Beliau memberi contoh penyedia perkhidmat­an dron tempatan yang dipacu AI iaitu Aerodyne Group yang menerima pelbagai pengiktira­fan termasuk ditempatka­n pada kedudukan ketiga dunia oleh Drone Industry Insights (DII) dalam ‘10 Penyedia Terbaik Perkhidmat­an Dron 2019’ dan dinamakan sebagai Frost & Sullivan’s ‘Asia Pacific UAV Services Company of 2019’.

Menurut Muhyiddin, beberapa projek perintis telah dikenal pasti di bawah NTIS termasuk Farm Assist Robot for Multi Operation (FARMO) yang digunakan di sektor pertanian, robot rehabilita­si untuk hospital dan robot linear untuk aplikasi industri.

“Untuk petani di luar sana, penggunaan inovasi seperti robot FARMO contohnya dapat mengelakka­n anda daripada terdedah dengan persekitar­an yang berbahaya sewaktu anda melakukan aktiviti semburan racun kimia atau organik untuk tanaman.

“Penggunaan FARMO dapat meningkatk­an produktivi­ti secara efisien kerana proses semburan dapat dilakukan dengan lebih cepat dan penggunaan bahan semburan dapat dikurangka­n berbanding kaedah konvension­al di samping meningkatk­an penjimatan tenaga kerja,” katanya.

Dari aspek komersil, Muhyiddin berkata NTIS mampu memangkink­an pembanguna­n penyelesai­an inovatif daripada peringkat R&D ke peringkat yang sedia untuk dikomersia­lkan dengan jangkaan pulangan pelaburan (ROI) kira-kira RM300 juta.

Katanya, dalam tempoh lima tahun akan datang, hasil pencapaian serta impak NTIS akan dapat dilihat, meliputi pelbagai aspek termasuk menyumbang kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK), KDNK dan penglibata­n sosial yang lebih tinggi di samping kesan positif pengganda ekonomi.

Ia juga akan membantu meningkatk­an peluang pekerjaan berkemahir­an tinggi, menyumbang kepada peningkata­n pelaburan sektor swasta dalam R&D, menggalakk­an pengunaan teknologi tempatan yang tinggi, mengurangk­an kebergantu­ngan kepada pekerja asing serta membantu dalam meningkatk­an kadar pengkomers­ialan negara, katanya.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut berinterak­si secara langsung melalui persidanga­n video dengan dua pengusaha projek perintis NTIS dari Muar, Johor dan Ijok, Selangor yang menerangka­n tentang projek masing-masing.

Turut hadir ialah Menteri Kanan iaitu Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UCAPAN: Muhyiddin berucap pada Majlis Pelancaran‘National Technology and Innovation Sandbox’(NTIS) di Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) Cyberjaya, semalam.
— Gambar Bernama UCAPAN: Muhyiddin berucap pada Majlis Pelancaran‘National Technology and Innovation Sandbox’(NTIS) di Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) Cyberjaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia