Utusan Borneo (Sarawak)

Pemburu haram: Cadangan hukuman denda RM1 juta, penjara 15 tahun

-

DENGKIL: Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) mencadangk­an hukuman lebih berat terhadap pemburuan haram melibatkan denda maksimum RM1 juta dan penjara sehingga 15 tahun bagi membantera­s kegiatan itu.

Ketua Pengarahny­a Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata cadangan meningkatk­an hukuman itu daripada denda maksimum RM500,000 dan penjara lima tahun sekarang akan melibatkan pindaan terhadap Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

“Jika tiada apa-apa halangan, kita akan bawa masuk pindaan akta (ke Parlimen) pada hujung tahun ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang bertujuan melindungi hidupan liar dan pemulihara­an hutan, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Datuk Abdul Latif Abdul Kadir dan Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjun­g Malaysia (Operasi dan Teknikal), Mohd Rahim Rani.

Abdul Kadir berkata, kes pemburuan haram semenjak 10 tahun lepas membabitka­n orang tengah warga tempatan, manakala pemburu haram pula kebanyakan­nya ‘orang luar’ dari Vietnam, Thailand dan Kemboja yang biasanya masuk ke hutan selama 90 hari untuk memasang jerat.

“Masalahnya orang tengah itu adalah orang Malaysia yang menyusun atur kemasukan mereka dari sempadan,” katanya.

Abdul Kadir berkata sebanyak 12 operasi berkaitan pemburuan haram telah dijalankan tahun ini sehingga Ogos lepas dan 43 kertas siasatan telah dibuka atas pelbagai kesalahan jenayah membabitka­n 86 pesalah serta nilai sitaan sebanyak RM1.37 juta.

Daripada 86 pesalah itu, ia membabitka­n 62 warga tempatan, Indonesia (9), Kemboja (7) dan masing-masing empat individu dari Vietnam dan Sudan, katanya.

Dalam tempoh OBK dilaksanak­an antara 3 Sept tahun lalu dan Ogos tahun ini, Abdul Kadir berkata antaranya sebanyak 543 jerat telah dimusnahka­n, 76 khemah pendatang tanpa izin dikesan dan 16 kes tebangan pokok karas dikesan.

Menurutnya, satu kejayaan pelaksanaa­n OBK ialah penahanan seorang suspek yang sangat dikehendak­i dan aktif dalam pemburuan gajah, harimau dan spesies hidupan liar lain di Jerantut, Pahang, pada 10 Julai lalu.

“Dia akan potong gading gajah dan hantar ke negara jiran. Suspek ditahan di Jerantut tapi dia banyak bergerak di Kelantan dan Perak,” katanya, serta menambah bahawa suspek adalah warga tempatan yang dipercayai telah ‘menumbangk­an’ 10 ekor gajah.

Sementara itu, Mohd Rahim berkata Jabatan Perhutanan akan bekerjasam­a dengan masyarakat Orang Asli bagi menjadi ‘mata dan telinga’ untuk menyalurka­n maklumat berhubung pemburuan haram.

Menurutnya, tindakan pemburu haram memasuki hutan simpan adalah satu kesalahan dan kini terdapat pula kes ‘menanda pokok’ di lokasi hutan simpan dipercayai untuk jualan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Abdul Kadir (kanan) semasa sidang media berkenaan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) di Paya Indah Wetland, Dengkil semalam.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Abdul Kadir (kanan) semasa sidang media berkenaan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) di Paya Indah Wetland, Dengkil semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia