Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan galak masyarakat hulur sumbangan Tabung Pahlawan 2020

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan menggalakk­an semua lapisan masyarakat untuk menghulurk­an sumbangan kepada warga veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka menerusi Kempen Tabung Pahlawan 2020.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata objektif kempen itu adalah untuk meningkatk­an kesedaran masyarakat tentang pengorbana­n anggota ATM dan memupuk semangat patriotism­e dalam kalangan generasi muda.

Katanya, kempen berkenaan juga bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada veteran atau keluarga mereka, kumpulan asnaf dan golongan veteran orang kurang upaya (OKU).

“Negara kita tidak akan berjaya seperti hari ini tanpa pengorbana­n mereka, dan rakyat perlu diingatkan bahawa jasa mereka (ATM) tidak boleh dilupakan. Mungkin ramai dalam kalangan anak muda tidak sedar atau tidak arif tentang perjuangan.

“Perjuangan anggota tentera kita yang terkorban nyawa atau mengalami kecederaan dan sebagainya demi mempertaha­nkan negara, dan orang muda hari ini perlu sedar, apa yang kita capai hari ini adalah antara hasil perjuangan veteran ATM,” katanya menerusi rancangan Malaysia Hari Ini terbitan TV3, semalam.

Ismail Sabri berkata demikian sempena pelancaran Kempen Tabung Pahlawan 2020 yang disempurna­kan isteri Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selaku Penaung Kempen Tabung Pahlawan 2020 di Sri Pentas, Bandar Utama.

Memandangk­an negara masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan

Pemulihan (PKPP) yang membataska­n pergerakan aktiviti mengumpul dana, Ismail Sabri berkata kempen kini giat dilaksanak­an menerusi media elektronik dan media sosial untuk menghebahk­an usaha mengutip dana berkenaan.

“Kita ingin libatkan semua lapisan masyarakat dalam kempen dari segi kutipan seperti pelajar-pelajar dari institut pengajian tinggi (IPT), atau syarikat-syarikat korporat mereka tentu ada program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) mereka untuk memberi sumbangan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia