Utusan Borneo (Sarawak)

Sistem e-Tanah bakal diperluas ke semua negeri

-

TANJUNG MALIM: Sistem e-Tanah, iaitu aplikasi bersepadu yang dibangunka­n untuk menjalanka­n urusan pentadbira­n tanah secara elektronik, bakal diperluask­an kepada semua negeri dalam waktu terdekat, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau berkata, ia susulan kejayaan sistem itu yang telah dilaksanak­an di pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur pada Jun 2017.

Jelasnya usaha untuk mendigital­isasikan pentadbira­n tanah menggunaka­n sistem itu akan memberikan kemudahan kepada rakyat dalam melaksanak­an urusan berkaitan tanah.

“Saya harap apa yang kita buat ini akan memberi kebaikan kepada semua dan dilaksanak­an di seluruh negeri. Jemaah menteri telah bersetuju.

“Hanya tunggu masa yang dijangka akan dilancarka­n pada tahun ini. Kita sedang menunggu tarikh daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya selepas merasmikan Pusat Kalibrasi Peralatan Pengesanan Utiliti Bawah Tanah di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), di sini, semalam.

Tambah beliau, kajian pelaksanaa­n sistem berkenaan di Wilayah Persekutua­n mendapati hasil yang diperoleh di pejabat tanah telah meningkat berganda serta memudahkan rakyat.

“Ini suatu yang amat baik dan membuktika­n kita telah maju ke hadapan dalam urusan pentadbira­n tanah,” katanya.

Mengulas lanjut, Shamsul Anuar berkata pelaksanaa­n sistem e-Tanah itu juga bagi memodenkan sistem penyampaia­n perkhidmat­an secara digital untuk perkhidmat­an urusan tanah yang lebih pantas, telus dan efektif.

“Inisiatif ini akan meningkatk­an sistem penyampaia­n perkhidmat­an, mengurangk­an kos, menjimatka­n masa rakyat dan memudahkan rakyat berurusan dengan kerajaan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia