Utusan Borneo (Sarawak)

Demokrat pilih Biden sebagai calon presiden 2020

Menggalas tanggungja­wab untuk menamatkan ‘huru-hara’ selama empat tahun di bawah Trump

-

MILWAUKEE: Ahli Demokrat di Amerika Syarikat mencalonka­n Joe Biden sebagai calon presiden mereka bagi 2020 kelmarin, dan menawarkan veteran Washington itu sebagai “lelaki berani” yang akan menamatkan “huru-hara” selama empat tahun di bawah Donald Trump.

Penonton yang menyaksika­n hari kedua Konvensyen Kebangsaan Demokrat selama empat hari itu melihat penyampai mengesahka­n jati diri dan kepimpinan Biden dan pada waktu yang sama membuat perbanding­an yang ketara dengan ahli Republikan kasar yang sedang berusaha sedaya upaya untuk kekal di Rumah Putih selepas pilihan raya pada November.

Dalam undian panggilan nama mengikut daftar yang luar biasa dan terperinci dan berlangsun­g sepenuhnya dalam talian disebabkan oleh pandemik COVID-19, kesemua 50 negeri dan tujuh wilayah mengumumka­n penjumlaha­n undi mereka yang mengukuhka­n peranan Biden sebagai pembawa panji parti.

Ia terdiri daripada pelbagai jenis ahli politik, warga

Amerika yang biasa dan malah beberapa bekas seteru yang membantu mencalonka­n Biden yang berusia 77 tahun.

“Terima kasih banyakbany­ak dari lubuk hati saya,” kata Biden dengan senyuman yang lebar dalam satu pautan video secara langsung.

“Ia amat bermakna sekali bagi saya dan keluarga saya,” tambahnya, dan mengingatk­an penonton bahawa beliau akan menyampaik­an ucapan penerimaan rasmi pada Khamis di hujung jambori selama empat hari itu.

Pencalonan itu merupakan satu formaliti kerana beliau sudah pun memenangi majoriti daripada lebih 3,900 wakil delegasi pada Jun lalu.

Undian panggilan nama mengikut daftar diadakan pada hari kedua Konvensyen Kebangsaan Demokrat yang amnya diadakan secara maya untuk meraikan calon parti dan mengalu-alukan calon bebas dan ahli Republikan yang kecewa ke dalam pergerakan politik mereka untuk mengguling­kan Trump dari Rumah Putih.

Prosiding termasuk siri ucapan oleh ketua-ketua parti lama dan baharu yang menyampaik­an hujah mereka sendiri menentang penyandang Rumah Putih dan menggesa pengundi untuk menyokong Biden.

Barisan pemimpin memaparkan bekas presiden berusia 95 tahun, Jimmy Carter, yang berkhidmat sepenggal dari 1977, dan panglima angkatan tentera pada zaman 1990-an Bill Clinton, yang memberi amaran bahawa Rumah Putih

Trump dipenuhi huru-hara dan bukannya kecekapan yang diperlukan untuk menangani krisis negara.

“Pada waktu seperti ini, Pejabat Bujur seharusnya ada pusat perintah. Sebaliknya, ia adalah pusat keributan. Hanya huru-hara sahaja yang berlaku,” kata Clinton.

“Hanya satu perkara sahaja tidak pernah berubah, keazamanny­a untuk menafikan tanggungja­wab dan mengalih kesalahan,” kata Clinton.

“Tanggungja­wab tidak pernah berhenti di sana.”

Dorongan emosi pada malam itu disampaika­n oleh Jill Biden, yang menutup malam itu dengan profil yang menarik perhatian mengenai lelaki yang beliau kahwini pada 1977.

Pendidik dari Pennsylvan­ia itu menyampaik­an kesaksian waktu perdana yang peribadi dan penting dengan menceritak­an bagaimana tragedi peribadi ekoran kematian isteri pertama dan anak perempuan Biden dalam satu nahas kereta pada 1972 telah membentukn­ya.

“Bagaimanak­ah anda memulihkan keluarga yang retak?” katanya.

“Dengan cara sama yang anda memulihkan sesebuah negara. Dengan kasih sayang dan persefaham­an, serta dengan amalan belas kasihan yang kecil. Dengan keberanian. Dengan kepercayaa­n yang tidak goyah.”

Rakyat Amerika, katanya, “sedang bersatu” sedangkan Trump mengundang perpecahan.

“Kita telah menunjukka­n bahawa nadi negara ini masih berdenyut dengan kebaikan hati dan keberanian,” tambahnya. “Itu adalah jiwa Amerika yang kini diperjuang­kan oleh Joe Biden.”

Presiden itu juga berdepan dengan pelbagai kritikan pada hari pembukaan, khususnya dari bekas wanita pertama Michelle Obama yang menyatakan Trump tidak ada jati diri dan kemahiran bagi jawatan itu.

“Saya berpendapa­t ia adalah ucapan yang sangat memecah-belah,” kata Trump kepada pemberita di Rumah Putih.

Dalam kenyataann­ya yang dirakam awal kepada konvensyen berkenaan, Michelle Obama menggesa rakyat Amerika untuk menyokong Biden, bekas naib presiden bagi suaminya, dalam pilihan raya presiden pada 3 November.

“Donald Trump adalah presiden yang salah untuk negara kita,” kata isteri Barack Obama dalam kritikan yang luar biasa terhadap presiden AS sedia ada oleh seorang bekas wanita pertama.

Dalam usaha untuk menarik pengundi sederhana dan ahli Republikan yang kecewa, konvensyen itu memaparkan sebuah video yang mengetenga­hkan persahabat­an yang tidak dijangkaka­n antara Biden dengan mendiang senator Republikan, John McCain, seperti yang diceritaka­n oleh balunya Cindy McCain.

Bekas setiausaha negara Republikan Colin Powell turut menyampaik­an kenyataan yang dirakam awal di mana beliau mengendors Biden. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? CALON PRESIDEN: Monitor kecil menunjukka­n Biden tersenyum di sebelah isterinya Jill Biden selepas secara rasmi dipilih sebagai calon presiden Demokrat pada hari kedua konvensyen parti itu di Milwaukee, Wisconsin kelmarin.
— Gambar AFP CALON PRESIDEN: Monitor kecil menunjukka­n Biden tersenyum di sebelah isterinya Jill Biden selepas secara rasmi dipilih sebagai calon presiden Demokrat pada hari kedua konvensyen parti itu di Milwaukee, Wisconsin kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia