Utusan Borneo (Sarawak)

Pakar Jepun sertai kerja membersih tumpahan minyak di Mauritius

-

NARITA: Sepasukan pakar baharu meninggalk­an Jepun untuk pergi ke Mauritius semalam dengan bahan penyerap minyak khas untuk kerja membersih bertan-tan minyak yang bocor dari sebuah kapal milik orang Jepun.

“Kebocoran minyak dari kapal yang terkandas itu telah menyebabka­n kerosakan yang teruk kepada rakyat Mauritius, di mana ekonominya banyak bergantung kepada pelanconga­n dan lautan yang cantik,” kata pegawai kementeria­n alam sekitar Yukihiro Haisa kepada pemberita sebelum pasukan tersebut berlepas. “Saya amat sedih sekali.” Enam anggota pasukan itu pergi ke Mauritius dari Jepun, manakala ketua kumpulan akan menyertai mereka dari New York.

Haisa berkata kerajaan Mauritius telah meminta pasukan itu untuk menilai impak kebocoran berkenaan ke atas terumbu karang tempatan.

Kapal MV Wakashio milik orang Jepun itu terkandas di terumbu karang pada 25 Julai lalu dan mula menumpah lebih 1,000 tan minyak sejak lebih seminggu kemudian, dan mengancam sebuah taman marin terlindung yang mengandung­i hutan bakau dan spesies terancam.

“Kami mahu menggunaka­n kemahiran teknikal kami untuk membantu membersihk­an hutan bakau yang diliputi minyak,” kata Noriaki Sakaguchi, selaku pakar alam sekitar di Agensi Kerjasama Antarabang­sa Jepun.

“Jika ia rosak, ia akan memakan masa yang lama bagi sistem ekologi untuk pulih,” katanya.

Pasukan berkenaan membawa 20 kotak bahan penyerap minyak khas yang berupaya meresap sebanyak 1,200 liter minyak pada keseluruha­nnya.

Bahan itu telah disumbangk­an oleh syarikat yang berpangkal­an di Tokyo, M-TechX, dan digunakan dalam satu kejadian kebocoran minyak di Jepun pada tahun lepas.

“Saya ingin melihat bagaimana kita dapat menggunaka­n bahan penyerap itu untuk membersihk­an kawasan pantai dan struktur akar rumit hutan yang dicemari minyak,” kata Haisa.

Tokyo sebelum ini sudah menghantar sepasukan enam pakar, termasuk seorang pengawal pantai dan diplomat, untuk membantu dalam usaha menangani kebocoran itu.

Kerajaan Mauritius dan kerajaan Jepun telah dikritik kerana tidak segera melakukan usaha yang lebih untuk mencegah tumpahan berskala besar.

Pihak berkuasa Mauritius kelmarin menangkap kapten kapal terbabit yang berasal dari India.

Dalam satu kenyataan semalam, pengusaha kapal Mitsui OSK Lines (MOL) berkata ia “berusaha sedaya upaya” untuk membantu pemilik kapal itu Nagashiki Shipping dan pasukan pakar mengurangk­an tumpahan minyak.

“MOL mengecam sebarang insiden pencemaran minyak dan terus memberi sokongan kepada semua yang terlibat,” kenyataan itu menyebut.

Ia menambah syarikatny­a sudah menghantar peralatan untuk membantu mendapatka­n semula minyak dari laut dan pantai, yang dijangka tiba pada 21 Ogos, dan merancang untuk menghantar pasukan pakar kedua pada hujung bulan ini.

Pegawai belum lagi mendedahka­n kenapa kapal itu, yang dalam perjalanan dari Singapura ke Brazil, belayar begitu dekat dengan pulau berkenaan, yang kini terjejas akibat bencana ekologi.

Kapal tersebut telah membawa 4,000 tan minyak, dan kru penyelamat berjaya mengepam kira-kira 3,000 tan minyak dari kapal kargo pukal itu sebelum ia terbelah dua pada Ahad lepas, untuk mencegah bencana alam sekitar yang jauh lebih besar. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia