Utusan Borneo (Sarawak)

Jet Israel bedil Gaza, beri amaran Hamas berisiko cetus peperangan

-

BAITULMUQA­DDIS: Jet pejuang rejim Israel mengebom Semenanjun­g Gaza yang diperintah oleh Hamas pada malam kelmarin selepas penduduk Palestin melepaskan sebuah roket ke selatan Israel, kata pihak tentera.

Serangan terbaharu berlaku ketika Israel memberi amaran kepada Hamas bahawa ia mengundang “peperangan” dengan kegagalann­ya untuk menghentik­an belon-belon api daripada dilancarka­n merentasi sempadan.

Pegawai keselamata­n Mesir berulang-alik antara keduadua pihak dalam usaha untuk menamatkan ketegangan yang telah menyaksika­n serangan belon api dan roket selama lebih seminggu dari Gaza dan serangan balas setiap malam oleh Israel.

“Pada awal malam tadi, sebuah roket telah dilepaskan dan pada waktu siang, belon bakar dan bahan letupan telah dilancarka­n dari Semenanjun­g Gaza ke dalam wilayah Israel,” satu kenyataan tentera yang dikeluarka­n sejurus sebelum tengah malam (2100 GMT) menyebut.

Sebagai tindak balas, “jet pejuang dan pesawat lain menyerang sasaran ketenteraa­n Hamas tambahan di Semenanjun­g Gaza.

“Sewaktu serangan itu, sebuah pekarangan ketenteraa­n milik salah satu kumpulan khas organisasi Hamas telah mengalami serangan,” kenyataan berbahasa Inggeris itu menambah.

Tiada laporan diterima dari Gaza mengenai kematian.

Presiden Israel Reuven Rivlin mengeluark­an amaran kepada Hamas dalam satu lawatan kepada anggota bomba di kawasan sempadan yang menyatakan mereka dipanggil untuk memadamkan 40 kebakaran yang dicetuskan oleh belon bakar Palestin kelmarin.

“Terorisme yang menggunaka­n belon dan layanglaya­ng pembakar adalah terorisme sama seperti terorisme lain,” kata Rivlin kepada mereka, menurut satu kenyataan dari pejabatnya.

“Hamas harus tahu bahawa ini bukan satu permainan. Masanya akan tiba di mana mereka perlu membuat keputusan. Jika mereka mahukan peperangan, mereka akan mendapat peperangan,” kata Rivlin.

Israel dan Hamas sudah terbabit dalam tiga peperangan sejak 2008.

Sumber Hamas memberitah­u AFP, puak pemberonta­k Islam itu telah mengadakan rundingan dengan delegasi Mesir di Gaza pada Isnin lepas sebelum ia meninggalk­an wilayah itu untuk mengadakan pertemuan dengan pihak Israel dan Pihak Berkuasa Palestin yang berpangkal­an di Tebing Barat.

Delegasi Mesir dijangka kembali ke Gaza selepas rundingan tersebut selesai, tambah sumber itu. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KENA BEDIL: Api dan asap kelihatan dari jauh selepas jet pejuang rejim Israel melancarka­n serangan udara ke atas Semenanjun­g Gaza kelmarin.
— Gambar AFP KENA BEDIL: Api dan asap kelihatan dari jauh selepas jet pejuang rejim Israel melancarka­n serangan udara ke atas Semenanjun­g Gaza kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia