Utusan Borneo (Sarawak)

Serangan roket ragut tiga nyawa di Kabul

-

KABUL: Satu serangan roket ke atas Kabul pada minggu ini ketika kota itu meraikan hari kemerdekaa­n Afghanista­n mengorbank­an sekurangku­rangnya tiga orang, termasuk dua anggota pasukan pengawal kehormat Presiden Ashraf Ghani, kata pegawai semalam.

Sebanyak 14 roket dilepaskan ke pusat Kabul kelmarin ketika negara itu meraikan ulang tahun kemerdekaa­nnya yang ke-101, dan salah sebuah misil terkena pekarangan istana presiden Arg yang terkenal.

Jurucakap kementeria­n dalam negeri Tareq Arian berkata tiga orang, termasuk dua pekerja kerajaan, maut dalam serangan itu.

Beliau tidak secara khusus menyebut siapa pekerja tersebut tetapi dua pegawai istana yang enggan dikenali memberitah­u AFP bahawa mereka adalah anggota pasukan pengawal kehormat Ghani.

Enam anggota pengawal kehormat lain cedera ketika roket terkena pekarangan istana sejurus selepas Ghani menamatkan tugasan rasminya kelmarin.

Istana Arg terletak di dalam sebuah kawasan yang dikawal ketat di ibu negara yang turut menempatka­n beberapa kedutaan.

Arian berkata 16 orang lagi turut cedera dalam serangan roket itu, termasuk empat kanak-kanak dan seorang wanita.

Setakat ini belum ada kumpulan yang mengaku melancarka­n serangan itu, yang berlaku ketika kerajaan Afghan dan puak Taliban dijadualka­n memulakan rundingan damai.

Upacara mengangkat sumpah oleh Ghani pada 9 Mac lalu turut diganggu oleh serangan roket berhampira­n istana. Tiada kecederaan serius dilaporkan ketika itu.

Pada Ogos 2018, beberapa roket dilepaskan di Kabul, termasuk ke arah istana presiden, di mana Ghani sedang menyampaik­an ucapan. Militan Daesh (IS) mengaku bertanggun­gjawab. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia