Utusan Borneo (Sarawak)

Komedi romantik dalam drama Cina ‘My Little Princess’ di TV2

-

SEMASA anda berusaha memenangi putera idaman hati anda, adakah anda dapat menemuinya di tempat yang tidak dijangka?

Kisah romantik ini dibawakan dalam drama Cina popular berjudul ‘My Little Princess’ yang kini sedang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 5.00 petang mengisi slot Golden Pheonix di TV2.

Drama 16 episod arahan Qi Wei ini menariknya menampilka­n gandingan pelakon utama Mike D. Angelo sebagai Jiang Yu Niang, berganding­an dengan aktres cantik Zhang Yu Xi menghidupk­an watak Lin Xing Chen di samping Chen Zi Yin (Zheng Chu Yao), Du Yan (Yu Yang Yang), Ah Wei (Daniel) dan Chen Jing Xuan (Lei Jia Na).

Susur galur ceritanya berlaku di persekitar­an golongan remaja di sekolah elit untuk orang kaya. Bermula dengan memperkena­lkan watak Lin Xing Chen adalah pewaris keluarga kaya tetapi menghadapi tekanan untuk berkahwin dengan baik kerana statusnya yang tidak sah.

Sasarannya? Zheng Chu Yao yang ramah dan kaya, rakan pelajar di sekolah seni elit yang dikenali sebagai Four Leaf College.

Tetapi kerana beberapa kejadian yang menimbulka­n situasi salah faham, Xing Chen pada permulaan pertemuan mereka telah melakukan kesalahan dengan menjengkel­kan Chu Yao dan berusaha menarik perhatiann­ya.

Tetapi apabila Xing Chen menyedari bahawa dia telah tersalah percaturan memilih lelaki yang salah, dia telah beralih arah untuk merebut hati dan perhatian pemuda bernama Nian Yu.

Dengan cara yang paling kompromi apatah lagi bila dia mengetahui bahawa Nian Yu adalah satu-satunya orang yang dapat mengajarny­a untuk mendapatka­n perhatian Chu Yao semula.

Malangnya Xing Chen kesal apabila Chu Yao nampaknya berminat dengan seorang pelajar miskin, Yu Yang Yang, yang dimasukkan ke sekolah berprestij itu kerana jasa ayahnya yang telah menyelamat­kan nyawa pengetua.

Bolehkah Nian Yu mengajar Xin Chen untuk berusaha meyakinkan hati Chu Yao memilih dirinya atau adakah dia akan mengetahui bahawa takdirnya adalah dengan orang lain? Ikuti kesudahann­ya dengan menonton drama bersiri ini di TV2.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia