Utusan Borneo (Sarawak)

TV AlHijrah jalin kerjasama dengan ANIMAS

-

TV AlHijrah mengukuhka­n lagi kedudukan sebagai stesen penyiar berorienta­sikan gaya hidup Islam utama di Malaysia melalui pemetraian perjanjian persefaham­an (MoU) dengan Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS).

Kerjasama ini menyaksika­n pembentuka­n dan pembanguna­n semula ekosistem animasi negara yang bukan sahaja memberi faedah kepada kedua-dua pihak malahan ia akan memanfaatk­an penonton Malaysia serta penggiat industri kreatif di Malaysia.

Acara menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) ini diadakan di TV AlHijrah, Jalan Perdana, Kuala Lumpur barubaru ini. Memorandum Persefaham­an (MoU) ini disempurna­kan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Namanzee Harris dan Presiden Persatuan Animasi Malaysia Amir Hamzah Hashim.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata perjanjian ini bertujuan untuk meningkatk­an kualiti siaran rancangan di TV

AlHijrah secara khususnya menerusi program animasi yang secara langsung membantu pembanguna­n modal insan negara.

“TV AlHijrah tidak mahu hanya menumpu kepada kandungan dewasa sahaja walaupun secara statistikn­ya lebih enam puluh peratus daripada penonton stesen ini adalah mereka yang berumur lingkungan 30-55 tahun,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n oleh TV AlHijrah kelmarin.

“Kita harus bersikap adil dan terbuka kerana secara dasarnya penyiaran negara memerlukan kandungan rancangan yang tidak tertumpu kepada hiburan sahaja. Kita perlukan juga siaran pendidikan yang membawa penonton ke arah kebaikan,” jelas Namanzee.

“Kami meletakkan sepenuh kepercayaa­n ke atas kepakaran dan pengalaman ANIMAS untuk melaksanak­an proses ‘pitching’ bagi mendapatka­n senarai pendek karyawan animasi yang difikirkan mampu untuk menerbitka­n rancangan animasi yang mempunyai ruh dan DNA TV AlHijrah.”

Namanzee turut memaklumka­n bahawa perjanjian persefaham­an ini juga adalah bukti komitmen serta tanggungja­wab TV AlHijrah dalam membantu para karyawan yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

“Kita tawarkan penerbitan jangka pendek kepada syarikat-syarikat penerbitan animasi tempatan melalui slot siaran program animasi yang disediakan. Secara tidak langsung ini adalah usaha TV AlHijrah untuk merancakka­n kembali sektor ekonomi melibatkan kandungan animasi dan kreatif tempatan sekaligus membantu menjana semula peluang pekerjaan,” ujar beliau lagi.

“Saya menyeru rakanrakan korporat untuk sama-sama membantu industri animasi negara demi melahirkan generasi penonton muda yang mendapat manfaat ilmu menerusi rancangan animasi santai namun berimpak tinggi. Stesen kami terbuka untuk sebarang bentuk kerjasama yang memanfaatk­an ummah.”

TV AlHijrah yakin kerjasama strategik yang terjalin ini menjadi medan utama untuk kedua-dua organisasi bertukar-tukar tenaga kepakaran dan sumbersumb­er ilmu yang dapat memberikan pelbagai kebaikan kepada seluruh masyarakat.

 ??  ?? MoU disempurna­kan oleh Namanzee dan Amir Hamzah.
MoU disempurna­kan oleh Namanzee dan Amir Hamzah.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? NAMANZEE
NAMANZEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia