Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas setiausaha sulit kanan bekas menteri dituduh rasuah

Tunang dituduh bersubahat dengan menerima suapan RM232,000

-

KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas menteri pelanconga­n, seni dan budaya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas 18 pertuduhan menerima dan meminta suapan berjumlah RM3,129,015 daripada pemilik sebuah syarikat bagi mendapatka­n tender perkhidmat­an pengiklana­n di bawah kementeria­n itu.

Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham, 29, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Sementara itu, tunangnya, Nurfadzian­a Abdul Kadir, 28, juga mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan bersubahat dengan Mohd Saifullah dalam melakukan kesalahan rasuah dengan menerima suapan RM232,000.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar Kuala Lumpur iaitu di Red Box Karaoke dan Coffee Bean di pusat beli-belah Pavilion, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Vipod Residences, di Maybank Taman Tun Dr Ismail dan Wisma Genting dan di pejabat Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya di Putrajaya antara 19 Jan hingga 29 Julai, 2019.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Farah Yasmin Salleh manakala keduadua tertuduh diwakili peguam Md Yunos Sharif.

Mengikut 14 pertuduhan, Mohd Saifullah didakwa menerima suapan wang tunai berjumlah berjumlah RM2,871,500 daripada pemilik syarikat Inter Bev Network Sdn Bhd, Ronald Seto Kong Seng melalui Roslan Lahada serta Abdul Halim Khuajah.

Ia sebagai upah untuknya yang berjanji mendapatka­n tender ‘Perkhidmat­an Penghasila­n Penjenamaa­n dan Kreatif Untuk Kempen Pengiklana­n Tourism Malaysia’ serta ‘Perkhidmat­an Pembelian Ruang Iklan Bagi Pasaran Negara-Negara Asia Utara dan Asia Timur Tourism Malaysia’ untuk Inter Bev Network.

Tertuduh juga didakwa berjanji untuk mendapatka­n tender ‘RFP-Global Advertisin­g

“Dalam afidavit itu tertuduh telah menyerah diri kepada SPRM pada 14 Ogos dan tidak pernah melarikan diri daripada SPRM sebaliknya membantu siasatan. Kami mohon jaminan rendah serta munasabah terhadap Mohd Saifullah manakala RM50,000 bagi ” Nurfadzian­a. Md Yunos Sharif Peguam

Agency And Promotion For Tourism Malaysia’ kepada syarikat Plan B Digital Sdn Bhd.

Bagi tiga pertuduhan pula, Mohd Saifullah didakwa secara rasuah meminta daripada Ronald melalui Roslan iaitu pembayaran deposit dan sewaan seunit rumah di Vipod Residences, No. 6, Jalan Kia Peng, di sini, berjumlah RM20,015 melalui cek Maybank yang diberikan kepada Roslan.

Dia juga didakwa menerima suapan daripada Ronald bagi pembayaran sewa rumah sama berjumlah RM5,500 secara pindahan akaun Maybank melalui Roslan.

Mengikut satu lagi pertuduhan, Mohd Saifullah dituduh menerima suapan RM232,000 daripada Ronald melalui tunangnya, Nurfadzian­a berhubung perkara sama.

Tertuduh didakwa melakukan semua kesalahan itu di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009 manakala Nurfadzian­a dituduh mengikut Seksyen 28 (1) dan kedua-dua mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Ia membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, mengikut manamana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM200,000 dgn seorang penjamin, pasport diserahkan kepada mahkamah sebelum 2 September serta melaporkan diri di pejabat SPRM berhampira­n pada minggu pertama setiap bulan manakala Nurfadzian­a dibenarkan diikat jamin RM100,000 beserta syarat sama.

Mahkamah kemudian menetapkan 23 September ini untuk sebutan semula kedua-dua kes itu.

Terdahulu, Farah Yasmin memberitah­u mahkamah bahawa pihak pendakwaan membantah sebarang jaminan terhadap Mohd Saifullah atas alasan terdapat kebarangka­lian tertuduh melarikan diri sekiranya dibebaskan dengan jaminan.

Permohonan pendakwaan ini disokong oleh afidavit pegawai penyiasat bahawa usaha-usaha telah dijalankan oleh SPRM dalam mengesan tertuduh semasa tempoh siasatan pada 10 Jun hingga 11 Julai lalu.

Bagi Nurfadzian­a pula, Farah Yasmin berkata kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius kerana melibatkan wang RM232,000 dan menawarkan jaminan RM500,000.

Md Yunos pula berhujah jika dibaca secara keseluruha­n kandungan afidavit tersebut ia hanya menyatakan SPRM gagal mengesan Mohd Saifullah berdasarka­n usaha yang dilakukan tetapi tiada dalam afidavit yang menyatakan tertuduh mengelak atau melarikan diri daripada SPRM.

“Dalam afidavit itu tertuduh telah menyerah diri kepada SPRM pada 14 Ogos dan tidak pernah melarikan diri daripada SPRM sebaliknya membantu siasatan. Kami mohon jaminan rendah serta munasabah terhadap Mohd Saifullah manakala RM50,000 bagi Nurfadzian­a,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERTUDUH: Bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Mohd Saifullah Mohd Minggu@Mohd Hisham, 29, (tengah) dan tunangnya, Nurfadzian­a Abdul Kadir, 28, (kanan) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam.
— Gambar Bernama TERTUDUH: Bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Mohd Saifullah Mohd Minggu@Mohd Hisham, 29, (tengah) dan tunangnya, Nurfadzian­a Abdul Kadir, 28, (kanan) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia