Utusan Borneo (Sarawak)

MAPIM Malaysia, Yayasan Qyyum beri sumbangan kepada Kedah

Sumbangan membantu masyarakat yang terkesan akibat COVID-19

-

ALOR SETAR: Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama Yayasan Qyyum (QF) semalam menyerahka­n sumbangan pek barangan makanan dan pelindung muka bernilai RM50,000 kepada kerajaan negeri Kedah.

Setiausaha Agung MAPIM Zul Hanis Zainol berkata sumbangan itu bertujuan membantu masyarakat di negeri ini yang terkesan akibat pandemik COVID-19 khususnya di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan Bersasar (TEMCO).

“Hari ini (semalam), kita serahkan lebih 200 pek barangan makanan manakala baki barangan akan diserahkan dalam tempoh kira-kira dua minggu lagi dan ia akan dilakukan secara

Setiausaha Agung MAPIM

berterusan. Kita juga bukan hanya bagi bantuan makanan tetapi ada projek lain yang akan kita buat dengan kerjasama kerajaan negeri Kedah,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Sementara itu, Presiden QF Abdul Qyyum Mustakem berkata pihaknya bekerjasam­a dengan Fakulti Kejurutera­an Mekanikal Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi menghasilk­an pelindung muka untuk diserahkan kepada sekolah yang terkesan akibat pandemik itu.

“Sehingga kini, kita telah berjaya menghasilk­an 150,000 keping pelindung muka sejak Mac lalu. Hari ini (semalam), kita serahkan 5,000 keping pelindung muka untuk diagihkan kepada sekolah bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajar­an dapat diteruskan dalam keadaan selamat,” katanya.

Terdahulu, majlis penyerahan pek barangan makanan dan pelindung muka berkenaan disampaika­n kepada Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor di Wisma Darul Aman, di sini.

Muhammad Sanusi berkata kerajaan negeri berterima kasih dan sentiasa mengalualu­kan semua jenis bantuan yang ingin disumbangk­an pertubuhan bukan kerajaan bagi membantu masyarakat di negeri ini khususnya di kawasan terjejas akibat COVID-19.

“Tetapi, saya ingin ingatkan supaya mereka jangan masuk sendiri ke kawasan TEMCO ini kerana bahaya. Barang yang disumbangk­an ini akan ditempatka­n di pusat bekalan dan ia akan diedarkan oleh agensi yang dipertangg­ungjawabka­n,” katanya. — Bernama

Hari ini (semalam), kita serahkan lebih 200 pek barangan makanan manakala baki barangan akan diserahkan dalam tempoh kira-kira dua minggu lagi dan ia akan dilakukan secara berterusan.

Zul Hanis Zainol

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia