Utusan Borneo (Sarawak)

Melaka cadang perluas unit FRONT di semua PBT

-

SEREMBAN:Sebanyak2,098 Jalur Gemilang telah dipasang di premis dan kenderaan milik SWM Environmen­t Sdn Bhd (SWM Environmen­t) dalam usaha menyemarak­kan lagi sambutan Bulan Kebangsaan, tahun ini.

Pengurus Besar Korporat SWM Environmen­t Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, kesemua Jalur Gemilang berkenaan dipasang di tiga negeri iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Daripada jumlah berkenaan, 436 Jalur Gemilang dipasang di Negeri Sembilan, 410 di Melaka dan baki di

Johor sebanyak 1, 252.

“Walaupun negara kini dalam tempoh PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) akibat wabak COVID-19, sambutan Bulan Kebangsaan masih diteruskan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Selain itu, bagi menambah kemeriahan sambutan, warga kerja SWM Environmen­t turut diajak bersama-sama membaca ikrar Rukun Negara dan menghayati prinsip Rukun Negara. — Bernama

MELAKA: Kerajaan negeri Melaka bercadang memperluas­kan Unit First Response Team (FRONT) di semua pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri agar perkhidmat­an bantuan kecemasan 24 jam dapat diberikan terutama melibatkan bencana alam di kawasan pentadbira­nnya.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Abdul Ghafar Atan berkata setakat kini hanya terdapat dua unit itu sejak ia ditubuhkan tahun lepas iaitu di Majlis Bandaraya

Melaka Bersejarah (MBMB) dan Majlis Perbandara­n Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

“Unit FRONT merupakan petugas barisan hadapan PBT yang akan memberi tumpuan bantuan kecemasan 24 jam melibatkan kes bencana alam seperti banjir, pokok tumbang dan lain-lain, sehingga kini unit berkenaan menerima 1,991 panggilan kes kecemasan.

“Penubuhan Unit FRONT ini tidak akan mengganggu peranan agensi keselamata­n sedia ada seperti pasukan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan petugas kesihatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan unit FRONT MBMB di sini, malam kelmarin.

Turut hadir, Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu.

Seramai 21 anggota MBMB dipilih menyertai Unit FRONT dan mereka diberi latihan mengendali­kan mesin-mesin yang berkaitan, kawalan lalu lintas serta pendedahan mengenai pertolonga­n cemas dengan kerjasama agensi keselamata­n termasuk polis, bomba, APM dan Jabatan Kesihatan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai isu Monorel Melaka yang dilanda masalah kebelakang­an ini, Zainal berkata satu surat peringatan akan diberikan kepada syarikat pengurusan monorel itu bagi mendapatka­n maklum balas mengenai perjanjian pengoperas­iannya.

Beliau berkata selain itu, satu mesyuarat akan diadakan bersama syarikat berkenaan bagi mencapai kata putus termasuk beberapa syarat yang masih belum dipenuhi memandangk­an perkhidmat­an itu merupakan salah satu ikon pelanconga­n Melaka.

Monorel berkenaan dibina pada 2008 dengan kos bernilai RM16.5 juta bagi tujuan pelanconga­n, pernah beberapa kali mengalami kerosakan antaranya pada tahun 2010 sehingga menyebabka­n pelancong terperangk­ap di dalamnya kira-kira satu jam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia