Utusan Borneo (Sarawak)

Penggunaan pusat kalibrasi peralatan pengesanan utiliti bawah tanah akan diperluask­an kepada swasta

-

TANJUNG MALIM: Pusat Kalibrasi Peralatan Pengesanan Utiti Bawah Tanah di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) di sini akan diperluask­an penggunaan­nya kepada agensi utiliti swasta untuk menjalanka­n penentukur­an ke atas peralatanp­eralatan pengesanan utiliti bawah tanah, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau berkata pusat ini merupakan yang kedua seumpamany­a dibina bagi menyokong aktiviti pemetaan utiliti bawah tanah dan pembentuka­n Pangkalan Data Utiliti Negara (PADU) di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), selepas yang pertama beroperasi di JUPEM, Kuala Lumpur.

Katanya, pusat penentukur­an yang bercirikan bangunan hijau lestari dengan persekitar­an pembelajar­an yang kondusif itu dibina dengan kos sebanyak RM1.8 juta dan telah siap sepenuhnya pada Mei tahun lepas.

“Ia (pusat kalibrasi) dapat membantu dalam mengekalka­n konsentras­i, minat serta semangat berkursus kepada peserta,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian pusat kalibrasi itu ketika mengadakan lawatan kerja rasmi ke INSTUN, semalam.

Sementara itu, Pengarah INSTUN Norehan Omar berkata pembinaan pusat kalibrasi berkenaan telah menunjukka­n komitmen INSTUN dan kerajaan dalam menyediaka­n prasarana latihan serta pembelajar­an bagi bidang pemetaan utiliti.

“Pusat kalibrasi ini dibina menggunaka­n peruntukan projek pembanguna­n di bawah Rancangan Malaysia Ke-11,” katanya.

Katanya, tujuan utama membangunk­an pusat kalibrasi itu adalah untuk memberikan latihan praktikal yang terkini selari dengan peredaran pesat negara bagi melaksanak­an proses penentukur­an peralatan pengesanan utiliti bawah tanah.

“Sejajar dengan pembanguna­n pesat negara, pembinaan prasarana utiliti perlu diurus dengan teratur, tepat dan dikemas kini.

“Sepanjang jajaran jalan raya kita terdapat pelbagai pepasangan utiliti bawah tanah seperti kabel elektrik, telekomuni­kasi, gas dan bekalan air serta lain-lain berkaitan yang berharga jutaan ringgit dan ia perlu diurus, diselengga­ra dengan cekap demi kemakmuran negara,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia