Utusan Borneo (Sarawak)

AMANAH puji Ketua Menteri berjaya selesaikan isu tanah di Sabah

- Oleh Safrah Mat Salleh

KOTAKINABA­LU:Pemuda AMANAH Nasional memuji Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal atas kemampuann­ya bertindak PANTAS menyelesai­kan isu tanah di negeri ini.

Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Nasional Khairuddin Daud dalam kenyataann­ya semalam berkata, masalah tanah yang telah lama membelengg­u rakyat Sabah sejak dari era pemerintah­an Barisan Nasional (BN) dan ini telah dapat diselesaik­an dalam tempoh pemerintah­an kerajaan WARISAN.

Beliau berkata, reformasi pentadbira­n turut dilakukan oleh Ketua Menteri Sabah apabila geran komunal yang diperkenal­kan oleh Tan Sri Musa Aman pada 2010 dihapuskan selari dengan kehendak rakyat yang mahukan pemilikan penuh geran tanah mereka.

Dalam kenyataan berkenaan, Khairuddin menyatakan perkembang­an terbaharu di Sipitang sebanyak 249 orang daripada tujuh buah kampung menerima geran tanah, manakala di Beluran 599 orang menerima geran tanah berkeluasa­n 4062.32 ekar.

Selain itu, Khairuddin juga menyatakan kekecewaan beliau terhadap tindakan Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Perikatan Nasional (PN) yang memutar belitkan fakta dan menabur fitnah mengenai isu tanah terbabit setelah Ketua Menteri Sabah turun padang menyampaik­an geran tanah kepada penduduk kampung yang terlibat.

Beliau mempersoal­kan sama ada PBS dan PN tidak mahu rakyat mendapat manfaat daripada pentadbira­n kerajaan.

Khairuddin berkata, sewajarnya PBS sebagai bekas parti kerajaan Sabah dan PN sebagai kerajaan di Persekutua­n, menyokong segala usaha dalam menyelesai­kan masalah rakyat di Sabah dan bukannya menabur fitnah, malah tindakan PBS hanya mencemarka­n nama parti itu sendiri yang pernah dihormati suatu ketika dahulu.

 ??  ?? KHAIRUDDIN
KHAIRUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia