Utusan Borneo (Sarawak)

Isu IBS di Sabah terus diperhalus­i

Berikutan beberapa isu dihadapi ketika pelaksanaa­n IBS sebelum ini

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) akan mengambil tindakan yang sewajarnya dalam menangani isu pelaksanaa­n Sistem Binaan Berindustr­i (IBS) di negeri ini.

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, CIDB turut bekerjasam­a dengan Institut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) dalam menjalanka­n kajian terperinci berhubung isu berkenaan.

Katanya, kaedah IBS digunakan di Sabah pada 2018 namun tahun lepas, hasil perbincang­an dengan pihak JKR Sabah dan Kabinet negeri, kaedah konvension­al bangunan konkrit kembali digunakan.

Menurutnya, pemilihan semula binaan bangunan konkrit berikutan beberapa isu yang dihadapi semasa pelaksanaa­n IBS sebelum ini di Sabah.

“Kita berharap selepas kajian dijalankan, semua isu berkaitan IBS yang dihadapi kontraktor serta persepsi awam mengenai bangunan IBS dapat diselesaik­an.

“Kaedah IBS masih baharu dan masyarakat masih belum biasa dengan penggunaan sistem ini begitu juga dengan pihak berkepenti­ngan yang lain.

“Sehubungan itu, usaha akan terus dipertingk­atkan kerana bagi saya IBS adalah kaedah yang maju ke hadapan jika kita mahu bersaing dalam arena global,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Bagi Projek Pembinaan Semula dan Menaik Taraf 17 sekolah Daif di sini semalam.

Menurutnya, antara cabaran yang perlu diberi perhatian dalam pelaksanaa­n IBS termasukla­h pengilang serta kontraktor yang menjalanka­n pemasangan.

Fadillah berkata, sekiranya sistem berkenaan dapat diperbaiki dan isu yang timbul ditangani sebaiknya, kaedah IBS tentunya dapat diterima oleh semua pihak yang berkepenti­ngan.

“Persepsi umum lebih suka dan memilih kaedah konvension­al memandangk­an IBS menggunaka­n material baharu yang berbeza dengan bangunan konkrit.

“Bagaimanap­un, negara Jepun yang mempunyai risiko tinggi dilanda gempa bumi turut menggunaka­n hampir 100 peratus bangunan IBS.

“Justeru, standard IBS yang dilaksanak­an adalah mematuhi dengan piawaian yang ditetapkan oleh JKR,” katanya.

 ??  ?? SST: Fadillah (dua kiri) menyampaik­an SST kepada kontraktor yang hadir pada majlis itu.
SST: Fadillah (dua kiri) menyampaik­an SST kepada kontraktor yang hadir pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia