Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatan impian Koeman dalam genggaman

Beliau dijangka menggantik­an tempat Setien selaku jurulatih Barcelona yang baru dipecat

-

MADRID, Sepanyol: Ronald Koeman dijangka akan mengisi jawatan impian beliau di Barcelona selepas presiden kelab, Josep Maria Bartomeu mendedahka­n pada Selasa bahawa jurulatih dari Belanda itu akan menjadi jurulatih kelab pada musim hadapan.

Koeman, yang juga bekas bintang Barca ketika masih bermain, membimbing skuad kebangsaan Belanda sejak 2018, akan menggantik­an Quique Setien, yang dipecat selepas Barca dimalukan 2-8 oleh Bayern Munich pada perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara pada Jumaat.

“Koeman akan menjadi jurulatih Barca pada musim hadapan,” kata Bartomeu ketika memberitah­u penyiaran kelab.

“Jika semuanya berjalan lancar, Koeman menjadi jurulatih yang akan kami umumkan dan akan membimbing pasukan dan pemain dengan projek yang berbeza.

“Beliau adalah seseorang yang dikenali oleh penyokong, bukan hanya sebagai pemain tetapi juga seorang jurulatih.”

Menurut laporan, Koeman dan ejennya masih berbincang dengan kontrak dua tahun lewat Isnin, dengan tahun kedua bergantung kepada keputusan pilihan raya presiden kelab.

Koeman dianggap wira di Barca selepas menyerlah sebagai pemain ketika di bawah kendalian Johan Cruyff di mana kelab memenangi kejuaraan La Liga berturut-turut di antara 1991 dan 1994.

Beliau juga menjaringk­an gol kemenangan Piala Eropah pada 1992 – kejuaraan elit Eropah yang pertama Barca.

Beliau ada berkata membimbing Barcelona akan menjadi tugas ‘impian’ dan beliau akan meninggalk­an jawatan sebagai jurulatih kebangsaan selepas dua setengah tahun untuk mengambil peluang yang ada ini.

Kerjaya kejurulati­han beliau agak turun naik dan beliau tiba di Barca ketika kelab dalam krisis.

Setien dipecat pada Isnin

“Jika semuanya berjalan lancar, Koeman menjadi jurulatih yang akan kami umumkan dan akan membimbing pasukan dan pemain ” dengan projek yang berbeza. Josep Maria Bartomeu Presiden Barcelona

selepas kekalahan memalukan kepada Bayern, bermakna kelab menamatkan musim tanpa sebarang kejuaraan - kali pertama ia berlaku sejak 2007.

Awal hari yang sama, pengarah teknikal kelab, Eric Abidal, juga dipecat, menerima padah kerana kekalahan kepada Bayern dan juga konflik dalaman sepanjang musim ini yang menyaksika­n Barca melepaskan kejuaraan liga kepada Real Madrid.

Abidal dikritik kerana cara beliau menangani pemecatan jurulatih Ernesto Valverde pada bulan Januari.

Abidal, yang juga bekas pemain Barca, menyalahka­n pemain di atas pemecatan Valverde dalam satu temu bual, membangkit­kan kemarahan dari bintang utama kelab, Lionel Messi, yang kebiasaann­ya lebih suka berdiam diri.

Kedudukan Bartomeu sendiri dalam ancaman, menurut laporan dengan pilihan raya presiden kelab pada bulan Jun akan diawalkan ke 15 Mac.

Bartomeu mengumumka­n beliau akan memberikan sepenuh sokongan kelab kepada jurulatih baharu, mempromosi­kan ‘projek baharu kelab’.

“Kami menetapkan diri kami untuk memenangi segalagala­nya. Ia satu sasaran, satu keperluan dan aspirasi,” kata beliau.

Beliau menegaskan Messi akan menjadi ‘tunjang utama’ Barcelona di bawah kendalian

Koeman, dengan spekulasi penyerang antarabang­sa Argentina itu mungkin akanmening­galkan kelab di mana beliau bermain di peringkat senior sepanjang kerjayanya.

“Messi kekal pemain terbaik di dunia. Beliau adalah pemain nombor satu dan beliau bersama kami,” kata Bartomeu.

“Setiap projek yang kami lakukan, kami lakukan dengan menyedari kami mempunyai pemain terbaik dunia. Dan dalam projek baharu ini, Koeman boleh bergantung sepenuhnya kepada Messi.

“Messi mahu menamatkan kerjayanya di Barca, beliau sudah menyuaraka­n hasrat itu beberapa kali. Saya bercakap dengan Koeman yang memberitah­u saya Messi adalah tunjang utama projek beliau.” — AFP

 ??  ?? KOEMAN
KOEMAN
 ??  ?? SETIEN
SETIEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia