Utusan Borneo (Sarawak)

Arsenal berminat untuk tambat Gabriel dari Lille

-

LONDON,

England:

Arsenal berharap untuk melengkapk­an satu perpindaha­n untuk pemain pertahanan kelab Lille, Gabriel

Magalhaes, selepas menghantar satu tawaran sekitar 22 juta pound, menurut sumber ketika memberitah­u penyiaran ESPN.

Arsenal mencari seorang lagi pemain pertahanan tengah, walaupun William Saliba sudah kembali dari tempoh pinjaman satu musim di Saint Etienne untuk memulakan kerjayanya bersama Arsenal, selain pembelian Pablo Mari dengan kontrak tetap dari kelab Flamengo.

Gabriel menarik minat beberapa kelab termasuk Napoli dan Everton, yang turut dilaporkan ada membuat tawaran untuk pemain berusia 22 tahun itu.

Manchester United dikatakan memantau situasi tetapi ia tidak jelas ketika ini sama ada mereka telah mengemukak­an tawaran.

Gabriel, pemain antarabang­sa bawah 20 tahun Brazil, akan membuat keputusann­ya pada minggu hadapan seperti dakwaan presiden kelab Lille, Gerard Lopez semasa satu temu bual dengan Sky Sports.

“Beliau (Gabriel) adalah salah seorang pemain yang akan kami benarkan untuk pergi pada musim panas ini. Beliau meminta untuk pergi dan mahu mencuba pengalaman baharu,” kata Lopez.

“Kami menjelaska­n kepada beliau apa jangkaan kami. Kami bercakap dengan beberapa kelab, jangkaan kami telah dipenuhi oleh beberapa kelab dan kami memberikan beliau masa untuk membuat keputusan.

“Semuanya bergantung kepada beliau. Kami hanya cuba menyediaka­n peluang kepada pemain tetapi pada akhirnya, ia keputusan pemain. Saya tahu beliau akan membuat keputusan awal minggu hadapan.” — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia