Utusan Borneo (Sarawak)

Tambadau bertemu Terengganu 29 Ogos

Kedua-dua pasukan akan bertemu dalam Cabaran CIMB Liga Super

-

Perlawanan Liga Malaysia musim 2020 tetap dilaksanak­an seperti yang dirancang untuk menentukan pemenang liga secara rasmi bagi kelayakan AFC, ACL dan AFC Cup 2020.

Dato' Ab Ghani Hassan

Ketua Pegawai Eksekutif MFL

Asean (AFF).

“Perancanga­n kalendar baharu telah mengambil kira perkara –perkara seperti penundaan tarikh Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023, tarikh baharu Asian Champions League (ACL) yang bermula 17 Oktober sehingga 4 November depan melibatkan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan penundaan kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 berdasarka­n kenyataan rasmi AFF bertarikh pada 30 Julai 2020," katanya.

Ghani berkata, susulan penundaan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023, MFL juga memiliki tarikh-tarikh simpanan di antara 10 hingga 29 November 2020 sekiranya isu COVID-19 masih berlanjuta­n di negara ini.

"Perlawanan Liga Malaysia musim 2020 tetap dilaksanak­an seperti yang dirancang untuk menentukan pemenang liga secara rasmi bagi kelayakan AFC, ACL dan AFC Cup 2020,” katanya dalam satu kenyataan rasmi, hari ini.

Selain perlawanan Tambadau Sabah menentang Terengganu, dua perlawanan lain CIMB Liga Super turut berlangsun­g pada malam yang sama iaitu PDRM menentang Kedah dan Selangor menentang PJ City FC.

Tiga perlawanan lagi berlangsun­g sehari lebih awal (28 Ogos) di mana Pahang menentang Johor Darul Ta'zim (JDT), Perak menentang Melaka dan Felda United FC menentang UiTM FC.

Bagi aksi perlawanan tertunda iaitu aksi CIMB Liga Super yang menemukan PJ City FC menentang Terengganu FC serta perlawanan Liga Premier UKM FC bertemu Kelantan kekal seperti yang dijadualka­n sebelum ini iaitu pada 22 Ogos 2020.

Sementara itu, Ghani menegaskan bahawa tiada penyingkir­an buat pasukan berstatus Liga Premier pada musim ini selepas menyaksika­n Amateur Football League (AFL) telah mengambil keputusan untuk membatalka­n saingan Liga M3 musim 2020 pada 8 Jun 2020.

“Tiada penurunan dari pasukan Liga Premier pada musim ini tetapi format biasa iaitu dua pasukan menduduki tangga ke-11 dan 12 dari CIMB Liga Super (turun ke Liga Premier) dan dua pasukan teratas Liga Premier (naik ke CIMB Liga Super) kekal seperti biasa,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Ghani mendedahka­n perubahan tarikh TM Piala Malaysia turut berlaku disebabkan pindaan kalendar baharu Liga Malaysia.

Jelas Dato Ab Ghani, TM Piala Malaysia akan membuka tirai bermula pusingan 16 pasukan pada 16 sehingga 18 Oktober 2020 disusuli aksi suku akhir (24 dan 25 Oktober 2020), separuh akhir (30 dan 31 Oktober 2020) dan perlawanan akhir pada 7 November 2020.

Sebagai rekod, Tambadau Sabah akan meneruskan cabaran di kedudukan keempat di kalangan 12 pasukan dalam carta liga selepas mengutip lima mata dari empat perlawanan sebelum saingan ditangguhk­an Mac lalu.

Tiga kedudukan teratas didahului Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan 10 mata diikuti Perak (lapan mata) dan pahang (enam mata).

 ??  ??
 ??  ?? AB GHANI
AB GHANI
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia