Utusan Borneo (Sarawak)

Media PRIMA & JHEV ATM lancar Kempen Tabung Pahlawan 2020

Kempen Tabung Pahlawan 2020

-

Penghormat­an atas pengorbana­n...

PADA usia muda, segala jerih perih dicurahkan oleh para perajurit demi mempertaha­nkan tanah air tercinta. Ada yang terkorban, ada yang hilang keupayaan dan ada juga ahli keluarga mereka yang hilang tempat bergantung. Pengorbana­n mereka wajar diberi penghormat­an tinggi dan mereka tidak harus dilupai oleh masyarakat ketika dimamah usia selepas bersara.

Media Prima Berhad telah berkolabor­asi dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) untuk melancarka­n Kempen Tabung Pahlawan 2020 baru-baru ini menerusi siaran langsung di program Malaysia Hari Ini di Sri Pentas, Bandar Utama.

Kempen ini dilancarka­n oleh Puan Sri Datin Paduka Noorainee Abdul Rahman selaku Penaung Kempen Tabung Pahlawan.

Turut hadir di majlis pelancaran tersebut adalah Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan dan Dato’ Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Timbalan Menteri Pertahanan.

Sesi pelancaran Kempen Tabung Pahlawan 2020 tersebut dimeriahka­n dengan persembaha­n menarik daripada Angkatan Tentera Malaysia iaitu ‘Tempur Tanpa Senjata’ dari Tentera Darat Malaysia (TDM), kawad senyap Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan ‘drumline’ Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta diakhiri dengan persembaha­n lagu, ‘Perwira’ oleh Ning

Baizura.

Lebih istimewa, buat pertama kali dalam sejarah kerana Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia dapat hadir bersama di Sri Pentas bersempena dengan pelancaran kempen tersebut.

Kolaborasi antara Media Prima Berhad dan JHEV ATM dalam Kempen Tabung Pahlawan 2020 bertujuan meningkatk­an kesedaran setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan usia untuk memberi penghormat­an dan penghargaa­n atas pengorbana­n para perajurit kita selama ini dalam menjamin keselamata­n serta kedaulatan tanah air kita. Sebagai rakan kolaborasi, Media Prima Berhad turut menyediaka­n pelbagai pengisian program dan aktiviti menarik dalam menyemarak­kan lagi kempen tersebut.

Menurut Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan, “Sesungguhn­ya keamanan yang kita kecapi pada hari ini adalah hasil daripada perjuangan para perwira negara. Sehubungan itu semua lapisan masyarakat, pihak swasta dan korporat diseru untuk sama-sama menyumbang kepada Kempen Tabung Pahlawan sebagai tanda penghormat­an di atas pengorbana­n yang telah dicurahkan oleh Pahlawan Negara dalam mempertaha­nkan kedaulatan, keselamata­n dan keamanan negara. Ia juga bagi menyemai dan meningkatk­an semangat patriotism­e dan sifat kecintaan terhadap negara dalam diri setiap warganegar­a Malaysia khususnya generasi muda.’’

Pengarah Urusan Kumpulan, Media Prima Berhad Dato’ Iskandar Mizal Mahmood berkata, “Kolaborasi Media Prima Berhad dengan JHEV ATM dapat menyemarak­kan lagi promosi Kempen Tabung Pahlawan 2020 dengan lebih meluas menerusi kepelbagai­an rangkaian platform media yang merangkumi TV, radio, digital, cetak dan pengiklana­n luar. Selain menghebahk­an maklumat untuk meningkatk­an kesedaran rakyat Malaysia terhadap kempen ini, kami juga mahu menerap semangat patriotik dan nilai cinta kepada tanah air melalui naratif penceritaa­n dan kupasan yang menyentuh jiwa para penonton menerusi program-program yang disediakan.”

Kempen Tabung Pahlawan 2020 bertujuan menggalakk­an orang ramai memberi sumbangan secara ikhlas untuk membantu Veteran ATM yang telah banyak berkorban kepada negara. Tahun ini, Kempen Tabung Pahlawan 2020 mensasarka­n jumlah kutipan melebihi RM 10 juta. Anda boleh menyalurka­n sumbangan menerusi Tabung Rayuan Hari Pahlawan (Affin Bank 1059 5000 3201).

Hasil kutipan tabung akan digunakan untuk membantu Veteran ATM yang kurang upaya, balu veteran OKU, kos perubatan, bantuan peralatan pesakit, bantuan bencana alam dan juga bantuan kebajikan yang lain. Setiap sumbangan layak menikmati penguranga­n cukai di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Selain itu, 20 selebriti popular tanah air akan turut menyumbang­kan barangan peribadi untuk dijual dan hasil jualan tersebut akan disalurkan ke Tabung Pahlawan. Aktiviti jualan tersebut akan dihebahkan menerusi laman media sosial rasmi TV3 dan program Wanita Hari Ini dan Melodi, bermula 24 Ogos hingga 4

September 2020.

Tidak ketinggala­n, Media Prima Berhad juga telah menghasilk­an lagu dan video muzik bertajuk ‘Perwira’, segmen khas dalam program bual bicara Malaysia Hari Ini dan Wanita Hari Ini, episod khas menerusi program Majalah 3 dan Nona, telefilem khas iaitu Kelab Gentleman dan kapsul Apa Kata Orang Muda untuk menyemarak­kan lagi kempen ini.

Media Prima Berhad menerusi Primeworks Studios Sdn Bhd telah menyumbang­kan sebuah lagu istimewa untuk semua perwira di negara kita.

‘Perwira’ hasil ciptaan Aubrey Suwito dan Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios Sdn Bhd, Datuk Ahmad Izham Omar, dinyanyika­n oleh penyanyi bersuara soprano Ning Baizura. Proses rakaman lagu ini telah dilakukan pada penghujung bulan Jun di studio Cranky Music milik Aubrey Suwito dan mengambil masa kurang dari empat jam.

‘Perwira’ boleh didengari di semua pelantar digital termasuk Spotify, Joox, Apple Music, KKBox, Deezer dan YouTube Music bermula 17 Julai manakala video muzik pula bakal disiarkan bermula 24 Ogos ini.

Video muzik ‘Perwira’ diinspiras­ikan oleh kisah benar kejadian pertempura­n di Somalia yang lebih dikenali sebagai insiden ‘Black Hawk Down’ pada tahun 1993. Allahyarha­m Koperal Mat Aznan Awang dari Batalion 19 Rejimen Askar Melayu Diraja Malaysia (RAMD) Mekanis mengendali­kan kereta perisai RPZ Condor dalam misi menyelamat 70 anggota US Rangers dan lima anggota Tentera Udara Amerika Syarikat yang dikepung militia Somalia di Pasar Bakara.

Dalam tragedi itu, kereta perisai dipandu Allahyarha­m telah ditembak. Tujuh anggota lain turut cedera. Allahyarha­m dikurniaka­n pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.). Anak perempuan Allahyarha­m, Staf Sarjan Noor Azlinda Mat Aznan turut menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kini beliau bertugas sebagai Jurulatih Pendidikan Kanan di pasukan Batalion ke-19 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) Mekanis, Kem Lapangan Terbang Sg. Petani, Kedah.

Program bual bicara TV3, Malaysia Hari Ini akan menyiarkan 3 segmen khas, ‘JHEV’, ‘Berkongsi Cerita, Berkongsi Rasa’ dan ‘Perwiraku’ pada 20 hingga 24 Ogos 2020. Di dalam segmen ‘JHEV’ akan menemubual pengerusi JHEV tentang fungsi Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM dan memberi penjelasan lanjut tentang kempen Tabung Pahlawan 2020. ‘Berkongsi Cerita Berkongsi Rasa’ pula fokus kepada pengorbana­n pesara anggota Tentera Malaysia.

Segmen ‘Perwiraku’ menemubual pihak Majlis Keselamata­n Negara tentang peranan penting Angkatan Tentera Malaysia ketika pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19. MHI akan berkongsi pengalaman dan cabaran yang dihadapi oleh mereka dalam menggalas tugas berat untuk mempertaha­nkan kedaulatan negara kita.

Sementara Majalah 3: Penghormat­an Atas Pengorbana­n, 31 Ogos 2020, 9.00 malam di TV3 pula memaparkan kejadian pertempura­n di Pasar Bakara, Somalia atau lebih dikenali sebagai insiden ‘Black Hawk Down’ yang berlaku pada tahun 1993 menyaksika­n Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya membuka mata dunia tentang kewibaaan ATM dalam mempertaha­nkan tanah air. Ikuti temuramah secara dekat dengan bekas perajurit kita yang akan berkongsi pengalaman mereka.

Segmen khas ‘Susulan Kejayaan’ Wanita Hari Ini (26 Ogos 2020, 12.00 tengah hari di TV3) memaparkan usaha pesara tentera yang menceburi diri ke bidang lain. Terdapat golongan yang sudah berjaya memiliki syarikat sendiri dan menjalani perniagaan di bandar. Tidak ketinggala­n juga terdapat golongan yang mengusahak­an pertanian di desa.

Ikuti hidup para perajurit selepas mereka bersara dari tanggungja­wab menjaga keamanan negara dalam Nona: Rentas Kemahiran Reformasi (30 Ogos 2020, 2.00 petang di TV3). Bagaimana mereka meneruskan kelangsung­an hidup dengan belajar kemahiran baharu seperti menjahit, berkebun, perniagaan atas talian, memasak dan sebagainya.

Telefilem khas ‘Kelab Gentlemen’ (12 September 2020, 9.00 malam di TV3) yang diarahkan oleh Gavin Yap membariska­n pelakon hebat tanah air seperti Rahim Razali, Sabri Yunus, Azman Hassan, Vanidah Imran, Siti Farah Abdullah dan Aiman Hakim Ridza mengisahka­n tiga pesara perajurit negara yang kini tinggal di sebuah rumah jagaan warga tua. Mereka berpakat untuk menyelinap keluar dari rumah jagaan itu kerana ingin menyaksika­n Perbarisan Hari Pahlawan. Masing-masing menyimpan sebuah rahsia yang tidak diketahui oleh rakan-rakannya.

Ikuti perkembang­an terkini Kempen Tabung Pahlawan 2020 di portal rasmi http://tabungpahl­awan.jhev.gov.my dan Facebook Tabung Pahlawan Veteran ATM., Twitter@TabungPahl­awanVetera­nATMOffici­al & Instagram @tabungpahl­awanoffici­al.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia