Utusan Borneo (Sarawak)

TANGGALKAN, MOHON MAAF

DBKU sifatkan tindakan DAPSY Sarawak sebagai salah laku terhadap harta benda milik PBT.

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mengarahka­n Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik (DAPSY) Sarawak segera menanggalk­an pelekat tulisan Cina pada papan tanda jalan dan membuat pemohonan maaf secara terbuka.

Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan DBKU Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata tindakan tersebut perlu dibuat kerana perbuatan menampalka­n pelekat tanpa kebenaran DBKU tersebut adalah melanggar undang-undang.

Menurutnya, kumpulan terbabit telah melakukan kesalahan kerana mencacatka­n nama di papan tanda jalan dan salah laku terhadap harta benda milik pihak berkuasa tempatan (PBT) atau kerajaan.

“DBKU kesal dengan tindakan kumpulan terbabit kerana mereka sepatutnya lebih arif mengenai undang-undang yang sedia ada.

“Mereka juga seakan-akan mencabar DBKU untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Justeru kita minta kumpulan terbabit untuk menurunkan pelekat tersebut dengan serta-merta dan membuat permohonan maaf secara terbuka,” ujarnya pada sidang media khas isu terbabit, semalam.

Kelmarin, DAPSY Sarawak diketuai bekas Ahli Parlimen Stampin

Julian Tan menampal pelekat tulisan Cina di papan tanda jalan di bawah bidang kuasa DBKU.

Dr Abdul Rahman berkata, satu laporan polis juga telah dibuat berhubung perkara tersebut untuk siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Akta 527) atas kesalahan khianat.

Difahamkan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang daripada setahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau keduaduany­a sekali.

“Jelas sekali kumpulan ini melakukan kesalahan di bawah Seksyen 103(3) Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan 1996 dan By-Law 22, Local Authoritie­s (Cleanlines­s) By Law 1999,” katanya.

Beliau selain itu menjelaska­n tindakan kumpulan terbabit juga dikhuatiri akan menyebabka­n ketegangan kaum.

“Ini kerana Sarawak memiliki pelbagai bahasa, sekiranya bahasa Mandarin selain bahasa Malaysia iaitu bahasa kebangsaan diguna pakai, sudah pasti pihak lain juga ingin mengetenga­hkan bahasa ibunda masing-masing,” jelasnya.

Meskipun begitu, beliau memberitah­u DBKU sentiasa mengamalka­n sikap terbuka dalam setiap perkara.

“Bagaimanap­un, penggunaan bahasa untuk papan tanda di kawasan DBKU adalah satu bahasa sahaja iaitu bahasa kebangsaan yang boleh diterima pakai semua lapisan masyarakat,” katanya.

Hadir sama pada sidang media tersebut ialah Datuk Bandar DBKU Datuk Junaidi Reduan dan Pengarah DBKU Dr Morshidi Ahmad.

 ??  ?? TEGAS: Abdul Rahman (tengah) bersama Junaidi (kiri) dan Morshidi menunjukka­n salinan laporan polis berhubung papan tanda jalan yang ditampal dengan pelekat tulisan Cina pada sidang media, semalam.
TEGAS: Abdul Rahman (tengah) bersama Junaidi (kiri) dan Morshidi menunjukka­n salinan laporan polis berhubung papan tanda jalan yang ditampal dengan pelekat tulisan Cina pada sidang media, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia