Utusan Borneo (Sarawak)

PENYANGAK JALANAN MENGAKU TIDAK BERSALAH ATAS TIGA PERTUDUHAN

-

KUCHING: Seorang lelaki yang terlibat dalam kes buli jalanan pada 17 Ogos lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tiga pertuduhan, termasuk merosakkan harta benda dalam lokap polis.

Liew Kit Phin, 37, yang tidak diwakili peguam bagaimanap­un mengaku tidak bersalah sejurus tiga pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dibacakan terhadapny­a oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, lelaki yang merupakan penjual mi kolok itu didakwa melakukan khianat dengan memukul cermin sisi kereta mangsa menggunaka­n kayu besbol.

Perbuatan itu didakwa dilakukann­ya pada 17 Ogos antara jam 11.25 dan jam 11.42 pagi di Jalan Batu Kawa dan di Jalan Sharip Masahor, sini.

Berdasarka­n keterangan kes, mangsa sedang memandu sebelum tertuduh tiba-tiba memberhent­ikan kereta di hadapannya.

Tertuduh seterusnya keluar dari kereta dengan membawa kayu besbol menghampir­i mangsa, lalu memukul cermin sisi bahagian kanan kereta mangsa sebelum beredar.

Difahamkan, tertuduh bertindak demikian kerana marah dengan cara pemanduan mangsa yang sangat perlahan.

Dalam pada itu, tertuduh juga didakwa melakukan khianat dengan merosakkan harta benda milik kerajaan Malaysia sehingga mendatangk­an kerugian sebanyak RM200 semasa berada di lokap Balai Polis Siburan pada hari yang sama, jam 6.35 petang.

Memandangk­an tertuduh mengaku tak bersalah atas kesemua pertuduhan, Majistret Zubaidah Sharkawi menetapkan 29 September depan sebagai pengurusan kes.

Tertuduh juga dibenarkan bebas dengan ikat jamin tunai RM11,000 berserta dua penjamin tempatan bagi kesemua pertuduhan.

Pendakwaan dikendalik­an secara berasingan oleh Pegawai Pendakwa ASP Rogayah Rosli, Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin dan Inspektor Mohd Adzmei Ahmad.

 ??  ?? DIDAKWA: Tertuduh (kiri, berdiri) semasa berada di Kompleks Mahkamah Kuching.
DIDAKWA: Tertuduh (kiri, berdiri) semasa berada di Kompleks Mahkamah Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia