Utusan Borneo (Sarawak)

EDAR DADAH, LELAKI DIHUKUM GANTUNG

-

KUCHING: Seorang lelaki dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam atas pertuduhan mengedar syabu seberat 211.95 gram yang dilakukann­ya dua tahun lepas.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Supang Lian menjatuhka­n hukuman itu terhadap Jason Hew Kiong Chew, 29, selepas perbicaraa­n penuh dijalankan dan tertuduh didapati bersalah.

Dia disabitkan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Subseksyen 39B(2) akta sama.

Dalam penghakima­nnya, Supang berpuas hati apabila pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes melampaui keraguan munasabah.

“Setelah meneliti keseluruha­n bukti, ternyata tertuduh dalam kes ini gagal menolak anggapan di bawah Seksyen 37 (da) ADB 1952 dan tidak membangkit­kan sebarang keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.

“Justeru, tertuduh didapati bersalah mengedar dadah dan disabitkan mengikut pertuduhan,” ujar beliau semasa menjatuhka­n hukum.

Berdasarka­n pertuduhan, lelaki itu didakwa mengedar dadah pada 11 September 2018, jam 7.15 petang di sebuah rumah di Taman Tematu Hill, Jalan Datuk Stephen Yong di sini.

Menurut laporan terdahulu, tertuduh ditangkap susulan penemuan 12 peket lutsinar berisi ketulan kristal disyaki syabu.

Kesemua dadah tersebut dianggarka­n bernilai mencecah RM45,000 dan turut disita ialah sebuah kereta dan wang tunai berjumlah RM5,294.

Seramai tujuh saksi pendakwaan dipanggil untuk memberikan keterangan bagi kes ini. Pendakwaan dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwa Raya Ronnie Entili, manakala tertuduh diwakili peguam Louis Jarau Patrick.

 ??  ?? SABIT PERTUDUHAN: Tertuduh didapati bersalah mengedar syabu.
SABIT PERTUDUHAN: Tertuduh didapati bersalah mengedar syabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia