Utusan Borneo (Sarawak)

Usahakan tanah jana pendapatan

-

MIRI: Penduduk di pedalaman Baram digesa mengusahak­an tanah mereka dengan tanaman yang dapat menjana pendapatan sekaligus meningkatk­an taraf hidup mereka.

Menteri Muda Pengangkut­an Sarawak Datuk Dr Jerip Susil berkata, kawasan Baram mempunyai potensi besar dalam pertanian komersial kerana tanahnya yang luas selain subur.

“Baram mampu menjadi pengeluar utama makanan utama kepada penduduk Miri dan kawasan lain di negeri ini.

“Dengan adanya bantuan daripada kerajaan kita dapat menambah hasil pengeluara­n bukan hanya untuk Sarawak malah dieksport ke luar negara,” katanya.

Dr Jerip berkata demikian berucap pada majlis penutupan ‘Community Extension Outreach Programme’ (CEOP) anjuran Jabatan

Pertanian Bahagian di Long Bedian kelmarin.

Katanya, penglibata­n dalam aktiviti pertanian juga dapat menarik minat generasi muda

Baram untuk menceburi bidang pertanian di kawasan masing-masing.

Sementara itu CEOP ini bertujuan memberi pendedahan secara langsung berkenaan teknologi pertanian terkini kepada golongan sasar melalui syarahan, pameran dan model demonstras­i pertanian.

Dengan cara ini secara tidak langsung menambah ilmu pengetahua­n golongan sasar untuk meningkat produk dan kualiti hasil pertanian, pendapatan dan sosioekono­mi keluarga tani.

Selain kawasan Telang Usan, CEOP turut diadakan di beberapa lokasi termasuk Mulu, Bekenu dan Marudi.

“Saya menggesa penduduk di luar bandar membenarka­n tanah mereka disukat dan diberikan geran di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak agar mereka tidak ketinggala­n peluang pembanguna­n dan skim pertanian yang ditawarkan.

“Saya mahu Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) menubuhkan jawatankua­sa khas untuk menangani isu berkaitan tanah dan pembanguna­n pertanian,” kata Jerip.

Beliau mencadangk­an jawatankua­sa itu bekerjasam­a dengan Jabatan Tanah dan Survey untuk menggelakk­an sebarang masalah.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau, Pegawai Jabatan Pertanian Jackson Nanta, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Charles Balan Seling, wakil Pegawai Daerah Telang Usan Mike Arthur Nakabok, ketua kaum Long Bedian Leslie Lah dan Kaunselor Jok Eng Jok.

 ??  ??
 ??  ?? BAGUS: Dr Jerip (empat kanan), Dennis (empat kiri) bersama yang lain menunjukka­n tanda bagus selepas acara simbolik majlis penutupan program, kelmarin.
BAGUS: Dr Jerip (empat kanan), Dennis (empat kiri) bersama yang lain menunjukka­n tanda bagus selepas acara simbolik majlis penutupan program, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia