Utusan Borneo (Sarawak)

KEKURANGAN BUKAN PENGHALANG USAHA

Petani hidroponik syukuri peruntukan KM, bantu perluas projek tanaman sayur.

- Oleh Connie Sylvia Mesa

MIRI: Petani hidroponik Ng Sza Liang, 61, melahirkan penghargaa­n dan terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg atas kelulusan peruntukan bernilai RM16,000 kepadanya.

Peruntukan terbabit diluluskan untuk membantu memperluas­kan projek

tanaman sayur Ng yang diusahakan di kediamanny­a sendiri.

Jabatan Pertanian Miri telah ditugaskan bagi melaksanak­an kerja-kerja meningkatk­an kemudahan dalam inisiatif terbabit yang dijalankan pada penghujung Julai lalu.

Projek tersebut yang dijanjikan oleh Ketua Menteri semasa mengadakan lawatan Tahun Baharu Cina ke rumah

Ng, awal tahun ini.

“Saya gembira kerana Ketua Menteri ingat dan menunaikan janjinya kepada saya. Saya hargai dan amat berterima kasih,” ujar Ng.

Sementara itu, Menteri Pengangkut­an yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Datuk Lee Kim Shin mengadakan kunjungan bagi melihat projek tanaman sayuran terbabit

Saya gembira kerana Ketua Menteri ingat dan menunaikan janjinya kepada saya. Saya hargai dan amat berterima kasih.

Ng Sza Liang

Petani hidroponik

semalam.

Lee turut berterima kasih kepada Ketua Menteri atas peruntukan berkenaan dan memberitah­u kemudahan tambahan yang disediakan oleh Jabatan Pertanian itu akan membantu meningkatk­an lagi hasil tanaman sayur Ng untuk dijual atau dibekalkan kepada penduduk di sini.

Jelas Lee, Ketua Menteri kagum dengan inisiatif Ng bagi memperoleh­i pendapatan dengan menanam sayur menggunaka­n sistem hidroponik.

“Usahanya ini bukan sahaja bagi menjana pendapatan mereka sekeluarga, tetapi juga antara contoh terbaik untuk masyarakat setempat.

“Kekurangan pada diri Ng juga bukan penghalang untuk beliau berusaha menjana pendapatan, tetapi beliau (Ng) boleh dijadikan contoh kepada mereka yang ingin menceburi bidang yang sama,” kata Lee.

Pada masa sama ujar Lee, Ng turut sedia berkongsi kemahiran dan pengetahua­nnya dalam tanaman hidroponik untuk mereka yang berminat.

Beliau mengalami kecacatan kekal pada kedua-dua kakinya setelah terlibat dalam kemalangan industri di kem pembalakan kira-kira 29 tahun lalu.

“Malah, baru-baru ini Ng telah membantu seorang rakannya di Hilltop Garden bagi memulakan tanaman hidroponik sendiri. Anda tidak memerlukan ruang yang besar untuk menghasilk­an tanaman sebegini.

“Ng sendiri memulakan tanaman beliau sejak setahun lalu dengan bermodalka­n RM3,000,” tambah Lee.

 ??  ??
 ??  ?? HASIL TANAMAN: Lee (kiri) serta yang lain merakamkan kenangan bersama Ng (dua kiri) yang menunjukka­n hasil tanaman sayur hidroponik diusahakan­nya sejak setahun lalu.
HASIL TANAMAN: Lee (kiri) serta yang lain merakamkan kenangan bersama Ng (dua kiri) yang menunjukka­n hasil tanaman sayur hidroponik diusahakan­nya sejak setahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia