Utusan Borneo (Sarawak)

Lima beranak disyaki salah guna dadah dicekup

Rumah mereka turut dipercayai menjadi lubuk penagihan dadah dengan empat lagi lelaki ditangkap

- Oleh Mastura Ismail

Turut dijumpai dalam beg yang sama kad pengenalan suspek wanita berusia 51 tahun“, beberapa keping mata wang Brunei dan wang Malaysia.

DSP Roslan Leman

LAWAS: Polis menahan lima beranak disyaki terlibat dalam penyalahgu­naan dadah dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Kampung Melusok di sini, malam Selasa lepas.

Suspek merupakan pasangan suami isteri berusia 55 dan 51 tahun ditahan bersama tiga anak mereka termasuk seorang perempuan berusia 28 hingga 32 tahun dalam operasi jam 10.40 malam.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Roslan Leman berkata, ketika pemeriksaa­n ke atas sebuah bilik di rumah itu, polis menjumpai satu beg

Ketua Polis Daerah Lawas tangan berwarna jingga yang di dalamnya terdapat beg kecil putih mengandung­i satu peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dan tiga keratan tiub straw berwarna hijau berisi juga disyaki syabu dengan berat keseluruha­n 12.82 gram bernilai RM1,280.

“Turut dijumpai dalam beg yang sama kad pengenalan suspek wanita berusia 51 tahun, beberapa keping mata wang Brunei dan wang Malaysia.

“Pasangan suami isteri itu positif syabu hasil saringan awal polis ke atas mereka, manakala tiga anak mereka negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Roslan berkata lagi, selain lima beranak itu polis turut menahan empat lagi lelaki berusia 24 hingga 43 yang turut menjadikan rumah berkenaan lubuk penagihan dadah dan kesemua mereka positif syabu.

Jelasnya, hasil pemeriksaa­n lanjut ke atas tubuh badan suspek berusia 34 tahun, polis menemui satu bekas plastik lutsinar yang mengandung­i dua keratan tiub straw berwarna hijau berisi hablur kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 0.47 gram bernilai RM50 di dalam poket hadapan sebelah kanan seluar jeans berwarna biru yang dipakainya.

Pasangan suami isteri itu disiasat dibawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Manakala, suspek berusia 34 tahun berasal dari Kampung Sebangan disiasat di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 atas kesalahan menggunaka­n dadah berbahaya tanpa kebenaran.

Tiga lagi suspek disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

 ??  ?? ROSLAN
ROSLAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia