Utusan Borneo (Sarawak)

Masalah liputan telekomuni­kasi perlu ditangani

Ia bukan sahaja dihadapi penduduk luar bandar, malah warga bandar berdepan masalah sama: Hasbi

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Liputan telekomuni­kasi tidak memuaskan bukan sahaja dihadapi penduduk luar bandar, malah penduduk bandar turut berdepan masalah sama.

Timbalan Menteri Pengangkut­an Hasbi Habibollah berkata pihaknya menyedari masalah ketiadaan liputan telekomuni­kasi yang dihadapi dan berharap Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa memberi perhatian serius ke atas aduan masalah telekomuni­kasi yang diterima.

Beliau berkata, pihak SKMM juga sudah datang ke Limbang baru-baru ini bagi memantau dan mengenal pasti kawasan-kawasan di bandar yang berdepan masalah itu.

“Masalah telekomuni­kasi memang teruk di tempat kita dan perkara ini sudah diutarakan kepada SKMM yang datang ke Limbang untuk survei dan memantau kawasan mana yang berdepan masalah ini.

“Kementeria­n juga akan membina tujuh lagi pencawang telekomuni­kasi di beberapa kawasan di bandar dan pencawang sama turut dibina di kawasan luar bandar,” ujarnya ketika

ditemui media selepas Program Merdeka@Komuniti 2020 di Dewan Bunga Raya di sini, semalam.

Turut hadir ialah wakil Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Ajes Tuah, Ketua Pejabat Bank Negara Malaysia Kuching Mohd Irman Mohd Din, wakil Residen Limbang Awangku Mohd Shahrizan Mainizan Awgku Mahidin, Wali Kota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat dan Pegawai Penerangan Daerah Limbang Linda Padan.

Ahli Parlimen Limbang itu berkata lagi, masalah liputan telekomuni­kasi berlaku kerana perubahan dan peningkata­n perkhidmat­an 3G kepada 4G sekarang yang menyebabka­n banyak kawasan bandar dan luar bandar yang sebelum ini ada perkhidmat­an itu sekarang berdepan masalah.

Bagaimanap­un jelasnya, Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan berusaha untuk menyelesai­kan masalah tersebut termasuk membina lebih banyak pencawang di daerah ini.

Terdahulu, beliau melahirkan kekesalan atas sikap individu yang mengibarka­n bendera terbalik seperti yang tular, baru-baru ini.

“Mengibar bendera Malaysia secara terbalik adalah merupakan sikap negatif yang menunjukka­n mereka tidak mempunyai semangat cintakan negara, walaupun negara telah banyak mencapai kemajuan dan kecemerlan­gan,” ujarnya.

Hasbi berkata, rakyat Malaysia perlu menyuburka­n

Masalah telekomuni­kasi memang teruk di tempat kita dan perkara ini sudah diutarakan kepada SKMM yang datang ke Limbang untuk survei dan memantau kawasan mana yang berdepan masalah ini.

Hasbi Habibollah

Timbalan Menteri Pengangkut­an

semangat patriotism­e iaitu perasaan cinta yang mendalam dalam diri kepada negara tanah tumpah darah.

“Kita ingin lihat semangat patriotism­e ini sentiasa mekar dalam hati semua rakyat Malaysia.

“Setiap tahun semangat ini diperkukuh­kan lagi dengan program-program seperti pada hari ini (semalam) dan banyak lagi program sepanjang Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur

Gemilang,” katanya.

Jelasnya, masyarakat hari ini sudah berada dalam zon selesa, makmur dan bebas melakukan apa sahaja sehingga membiarkan ancaman seperti pengaruh budaya liar menyusup masuk ke dalam jiwa tanpa mereka sedari.

“Inilah masa untuk kita mencipta kecemerlan­gan bagi sama-sama memacu negara tercinta mencapai wawasannya.

“Janganlah kita alpa dan leka dengan segala kemewahan yang kita nikmati sekarang,” katanya lagi.

Beliau mahu rakyat samasama terus bertindak positif supaya tidak terus hanyut dan leka dengan keselesaan hari ini.

Masyarakat patriotik menurutnya, adalah masyarakat yang anggotanya bertatasus­ila luhur, berdaya maju, melindungi, mematuhi serta memelihara undang-undang dan peraturan.

 ??  ?? CINTAKAN NEGARA: Hasbi (tengah) bersama (dari kiri) Mohd Irman, Awangku Shahrizan, Sufian dan Ajes meletakkan Jalur Gemilang pada Program Merdeka@Komuniti semalam.
CINTAKAN NEGARA: Hasbi (tengah) bersama (dari kiri) Mohd Irman, Awangku Shahrizan, Sufian dan Ajes meletakkan Jalur Gemilang pada Program Merdeka@Komuniti semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia