Utusan Borneo (Sarawak)

Julian pertahan tindakan DAPSY atas alasan berniat baik

-

KUCHING: Ketua Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik (DAPSY) Sarawak Julian Tan berpendapa­t masyarakat harus melihat isu papan tanda jalan di dalam skop yang lebih luas.

Bekas Ahli Parlimen Stampin itu berkata, pihaknya bukan melakukan vandalisme tetapi secara keseluruha­n tindakan yang dilakukan DAPSY adalah untuk mengembali­kan papan tanda berkenaan seperti keadaan sebelum ini.

“Main Bazaar ini merupakan sebuah tempat yang bersejarah dan ikonik selain menjadi destinasi tarikan pelanconga­n. Papan tanda jalan dalam dwibahasa itu telah diubah tanpa disedari.

“ApayangDAP­SYSarawak lakukan adalah hanya untuk mengembali­kan keadaannya seperti sedia kala. Isu papan tanda jalan tersebut sudah disuarakan kepada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan mereka tahu mengenainy­a.

“Presiden SUPP Dato Sri Dr Sim Kui Hian, yang merupakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, tahu mengenai isu tersebut namun tidak berbuat apa-apa mengenainy­a,” katanya ketika dihubungi The Borneo semalam.

Julian menambah, DAPSY Sarawak tidak akan membuka balik perkataan Cina yang telah dilekatkan pihaknya melainkan terdapat perintah atau arahan yang dikeluarka­n daripada pihak berkuasa kelak.

Beliau menegaskan pihak DAPSY Sarawak melakukan ia dengan niat baik iaitu hanya untuk mengembali­kan papan tanda di dalam kawasan bandar ini seperti sebelumnya.

Julian mendakwa, Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem ketika menjadi Ketua Menteri menyokong Dewan

Bandaraya Kuching Utara (DBKU) untuk meletakkan papan tanda dwibahasa di kawasan pusat bandar.

Bahkan katanya, Dr Sim turut mengucapka­n penghargaa­n dan mendakwa dengan berbuat demikian akan mengembali­kan keadaan tempat berkenaan seperti sebelumnya.

“Dr Sim juga mengatakan ia mencermink­an keharmonia­n kaum di negeri ini serta dengan adanya papan tanda yang mempunyai dwibahasa itu akan membuatkan negeri ini dikenali kerana mempunyai tradisi majmuk yang harmoni,” kata Julian.

Kelmarin, ramai netizen mengecam tindakan DAPSY namun Julian berasakan komen negatif itu datangnya daripada orang luar iaitu pasukan ‘askar siber’ UMNO dan PAS.

“Bahkan, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengetahui­nya. Adalah membimbang­kan UMNO dan PAS telah menyelinap masuk ke negeri ini dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) juga sedang memainkan irama yang sama?” soalnya.

Julian mengingatk­an semua Allahyarha­m Tok Nan yang meninggal dunia pada 11 Januari 2017 berusaha sedaya upaya untuk mempertaha­nkan Sarawak dari penceroboh­an UMNO dan PAS.

“Kita berniat baik dan dalam kesederhan­aan mahu mengembali­kan apa yang pernah sejarah kita miliki dahulu di Kuching dan PBB harus menegaskan pendirian untuk menolak berhabisha­bisan budaya UMNO diamalkan di Sarawak.

“Kenapa PBB menyanyika­n irama yang hampir sama dengan UMNO dan PAS, bukan DAPSY yang mengeruhka­n isu di sini,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia