Utusan Borneo (Sarawak)

UMS 4WDVC bantu penduduk Lok Batik

-

KOTA KINABALU: Sekecilkec­il sumbangan diberikan, ia cukup bermakna bagi penerima yang memerlukan dan benarlah kata pepatah ‘tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima’.

Nilai inilah yang diterapkan dalam kalangan ahli Kelab Sukarelawa­n Pacuan Empat Roda Universiti Malaysia Sabah (UMS 4WDVC) sejak ditubuhkan 6 tahun lalu demi memupuk budaya kesukarela­wan, semangat kerjasama dan membantu komuniti setempat.

UMS 4WDVC yang berkolabor­asi bersama dengan Himpunan Ilmuan Universiti Malaysia Sabah (HIUMS) menganjurk­an Projek Penggantia­n Bumbung Rumah dan Sumbangan Asas Keperluan PKPP nyata mencapai objektif baru-baru ini, apabila 15 ahli secara sukarela turun membantu.

Bagi projek ini, mereka membantu menggantik­an bumbung rumah Mineh Pudi, 67, di Kg. Lok Batik, Tuaran yang strukturny­a sudah usang dan reput.

Menurut Timbalan Presiden UMS 4WDVC Dr. Mohamad Puad Bebit, selain menggantik­an bumbung rumah, sukarelawa­n juga turut menggantik­an dinding rumah di bahagian dapur yang hampir roboh.

“Selain kerja-kerja berkenaan, kami juga bergotong-royong membersihk­an kawasan halaman rumah dan memasang siling bermula awal pagi.

“Pada sebelah petang, kami turut menyerahka­n sumbangan berupa pek makanan dan keperluan asas kepada 30 ketua keluarga yang kurang berkemampu­an,” katanya.

Dalam pada itu, Mineh Pudi sangat terharu dan berterima kasih dengan bantuan yang dihulurkan UMS 4WDVC dan HIUMS.

Beliau yang sudah menetap di rumah terbabit sejak tahun 1987 turut berbangga dengan kerjasama dan sumbangan yang telah diberikan kerana bumbung rumahnya dapat disiapkan dalam tempoh sehari sahaja.

Projek ini juga turut dihadiri oleh Presiden UMS 4WDVC yang merupakan mantan Naib Canselor UMS Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin, Presiden HIUMS Prof. Madya Dr. Abdullah Bade dan Timbalan Presiden HIUMS Prof. Madya Dr. Hasmadi Mamat.

 ??  ?? Barisan syarikat produksi yang terlibat.
Barisan syarikat produksi yang terlibat.
 ??  ?? KENANGAN: Sukarelawa­n bergambar kenangan bersama penerima sumbangan.
KENANGAN: Sukarelawa­n bergambar kenangan bersama penerima sumbangan.
 ??  ?? GANTI BAHARU: Bumbung yang sudah reput dan usang dibuang untuk
digantikan dengan yang baharu.
GANTI BAHARU: Bumbung yang sudah reput dan usang dibuang untuk digantikan dengan yang baharu.
 ??  ?? BUMBUNG BAHARU: Sukarelawa­n sedang memasang bumbung baharu.
BUMBUNG BAHARU: Sukarelawa­n sedang memasang bumbung baharu.
 ??  ?? POTONG KAYU: Sukarelawa­n sedang memotong kayu dinding.
POTONG KAYU: Sukarelawa­n sedang memotong kayu dinding.
 ??  ?? SUMBANGAN: Dr. Mohamad Puad Bebit menyampaik­an pek makanan dan keperluan asas kepada penduduk kampung.
SUMBANGAN: Dr. Mohamad Puad Bebit menyampaik­an pek makanan dan keperluan asas kepada penduduk kampung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia