Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan gesa kerajaan beri pilihan, bukan wajibkan aplikasi MySejahter­a

-

SIBU: Persatuan Pemilik Kedai Kopi dan Restoran Sibu menggesa kerajaan yang bercadang untuk mewajibkan penggunaan aplikasi MySejahter­a agar memberi pilihan yang lebih fleksibel.

Pengerusin­ya Tong Ing Kok berkata, pihak kerajaan harus memberi pilihan kepada orang ramai sama ada menggunaka­n pendaftara­n manual atau aplikasi MySejahter­a dan bukannya mewajibkan penggunaan­nya.

Beliai bagaimanap­un mengakui bahawa aplikasi MySejahter­a lebih senang dan lebih pantas digunakan oleh pelanggan untuk membuat pendaftara­n mereka, namun penggunaan pendaftara­n secara manual harus dikekalkan.

“Ini serupa dengan e-pembayaran. Tidak semua orang suka menggunaka­n e-pembayaran melalui penggunaan aplikasi kerana masih ada dalam kalangan pengguna membayar secara tunai,” katanya.

Memaksa penggunaan aplikasi MySejahter­a secara mandatori katanya, akan mempengaru­hi perniagaan kedai makan sekiranya pelanggan, terutamany­a warga emas tidak pandai menggunaka­nnya.

Katanya, warga emas harus dibenarkan untuk terus mengisi butir-butir secara manual pada buku log yang disediakan di kedai makan.

“Kebanyakan warga emas tidak memiliki telefon pintar. Jadi bagaimana mereka boleh menggunaka­nnya?” katanya.

Bagi mereka yang memiliki telefon pintar katanya, mereka juga tidak tahu bagaimana hendak menggunaka­n telefon pintar kerana mereka menghadapi masalah membaca teks kecil di skrin, oleh itu pendaftara­n manual lebih sesuai untuk mereka.

“Tidak ada logik untuk mewajibkan aplikasi MySejahter­a apabila tidak semua orang celik IT,” katanya.

Mengenai penggunaan aplikasi MySejahter­a katanya, ia membantu mengurangk­an orang ramai untuk berbaris panjang semasa pendaftara­n manual.

“Keadaan orang berbaris panjang berlaku terutama ketika sesetengah pelanggan mengambil masa lama menulis butir-butir mereka dalam buku log. Tetapi dengan aplikasi MySejahter­a, seseorang hanya perlu mengklik sekali untuk mendaftar masuk,” katanya.

Dengan aplikasi itu, Tong berkata ia memerlukan nama penuh pelanggan sedangkan

pendaftara­n manual mendorong sebilangan pelanggan akan menulis nama singkatan mereka atau satu perkataan sahaja.

“Itulah sebabnya saya mengesyork­an agar pihak kerajaan memberi pilihan pendaftara­n manual untuk warga emas dan aplikasi MySejahter­a diguna pakai oleh mereka yang

memiliki dan mengetahui cara mengendali­kan telefon pintar,” katanya.

 ??  ?? IMBAS: Seorang pelanggan menggunaka­n telefon pintar untuk mengimbas kod QR MySejahter­a sebelum memasuki premis kedai makan.
IMBAS: Seorang pelanggan menggunaka­n telefon pintar untuk mengimbas kod QR MySejahter­a sebelum memasuki premis kedai makan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia